web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Datuk Mustapa Omar CEO MPI Berkuatkuasa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 6:08PM

Datuk Mustapa Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Press Institute (MPI) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

MPI dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Mustapa dibuat bagi menggantikan Datuk Dr Chamil Wariya, yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 30 Jun lepas.

Menurut kenyataan itu, Mustapa mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam bidang kewartawanan dengan memulakan kerjaya awal di Berita Harian dan bersara pada 2017, dengan jawatan terakhir sebagai Pengarang Kumpulan Harian Metro.

“Pihak pengurusan MPI yakin dengan pengalaman, kepakaran dan kreadibiliti beliau (Mustapa), mampu memperkasakan lagi tadbir urus dan meneruskan kecemerlangan MPI,” menurut kenyataan itu.

MPI dalam kenyataan sama, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas sumbang bakti Chamil selama 16 tahun beliau menerajui MPI sebagai CEO. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran