web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jasa Wira Lahad Datu Diperingati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 5:23PM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri majlis memperingati Wira Lahad Datu, semalam. - gambar Facebook

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan berangkat ke majlis santapan bagi memperingati wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu, 10 tahun lalu.

Turut berkenaan berangkat ke majlis berkenaan, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara dalam satu hantaran melalui Facebook, hari ini, berkata majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Istana Negara berkata, majlis berkenaan dihadiri waris serta kira-kira 30 seperjuangan kepada lapan anggota PDRM yang maut ketika mempertahankan kedaulatan negara ketika pencerobohan pengganas Sulu pada Februari 2013.

“Seri Paduka Baginda berdua meluangkan masa hampir dua jam pada majlis itu serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada waris atau wakil setiap keluarga yang hadir,” katanya.

Dalam kejadian bermula Februari 2013 itu, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Konflik berkenaan berlanjutan sehingga pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut.

Ia diisytiharkan tamat pada 10 April 2013. – Getaran, 1 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 50 minit yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad