web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan SKMM Bendung Penularan Berita Tidak Tepat, Mengelirukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 12:56PM

SKMM berperanan memastikan tiada pelanggaran undang-undang dalam penerbitan media. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Peningkatan penerbitan berita kurang tepat dan mengelirukan sejak akhir-akhir ini mendorong tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membendung penularan bahan sedemikian.

Mengakui ia hanya berperanan sebagai badan kawal selia industri media negara, agensi itu berkata tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang dan peraturan.

Suruhanjaya itu, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya hanya menjalankan tugas berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) bagi memastikan tidak berlakunya pelanggaran undang-undang dalam penerbitan media.

"Terdapat organisasi media yang menerbitkan kandungan tidak tepat dan mengelirukan.

"Beberapa organisasi media didapati tidak bertanggungjawab menyebarkan berita yang mengelirukan atau dengan sengaja menyiarkan kandungan kurang tepat," katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab gesaan sekumpulan tokoh wartawan yang mengatakan SKMM harus berhenti bertindak sebagai 'Big Brother' yang dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian.

SKMM berkata pelaporan kandungan tidak tepat dan mengelirukan itu boleh mengancam keharmonian ramai.

“Antara tanggungjawab perundangan utama SKMM adalah memastikan platform dalam talian tidak diguna pakai untuk sebarang pelakuan atau percubaan melalukan pelanggaran bawah undang-undang bertulis di Malaysia.

“Ini termasuklah tindakan menyebarkan berita palsu, kandungan yang jelik dan berunsur fitnah," katanya.

Sebelum ini, lapan tokoh dan wartawan kanan mengeluarkan kenyataan bersama menyelar tindakan SKMM yang didakwa menyekat kebebasan media.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar dan Datuk A. Kadir Jasin, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya.

Turut bersama pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd Datuk Hussamuddin Yaacob, bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Azman Ujang, bekas Ketua Pengarang BERNAMA Datuk Yong Soo Heong dan Datuk Zakaria A. Wahab serta bekas wartawan terkemuka yang kini pemerhati politik Dr G Manimaran.

Menurut kenyataan Bersama itu, sekatan terhadap laman web pengamal media menunjukkan peningkatan dan ia dilihat sebagai satu perkembangan yang tidak sihat.

"Aduan daripada pengamal media bahawa laman web mereka telah disekat semakin meningkat. Ia adalah trend tidak sihat yang mesti dihentikan serta merta.

"Kami percaya bahawa badan pengawal selia terbabit mempunyai keutamaan yang lain, dan oleh itu, menyekat laman web bukanlah salah satu daripadanya.

"Walaupun kami memahami Internet telah menjadi pencetus  kebencian dan penyebar maklumat yang salah namun kami percaya pengamal media adalah individu yang berdisiplin dipandu oleh profesionalisme dan etika," katanya. – Getaran, 30 Ogos 2023

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad