web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Rugi RM37,750 Terpedaya Jualan Iklan Kucing Munchkin Di Facebook

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2023 3:10PM

Guru wanita kerugian RM37,750 selepas terpedaya dengan penipuan jualan kucing baka Munchkin di Facebook. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Seorang guru mengalami kerugian RM37,750 akibat terpedaya dengan penipuan jualan tidak wujud melibatkan seekor kucing baka Munchkin di Facebook.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata wanita berusia 39 tahun yang tinggal di Alor Gajah itu pada mulanya tertarik dengan iklan jualan kucing baka berkenaan yang ditawarkan pada harga RM600 di platform media sosial itu pada 23 Ogos lepas.

"Mangsa kemudian diminta membayar deposit berjumlah RM300 ke akaun bank yang diberikan sindiket penipuan berkenaan.

"Wanita itu kemudian diminta membuat beberapa bayaran berperingkat (kononnya) bagi tujuan lesen Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), kos penerbangan dari luar negara serta lesen import kucing dengan jumlah keseluruhan RM37,750 dalam tempoh tiga hari bermula 24 Ogos lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata apabila guru itu menyedari ditipu selepas melakukan transaksi berkenaan, wanita itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah, semalam, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Orang ramai dinasihatkan berwaspada, dan segera menelefon Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 agar tindakan pantas menyekat wang yang dipindahkan kepada sindiket penipuan dapat dilakukan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad