web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Digalak Pakai Batik Pada Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 1:03PM

Pemakaian batik digalakkan ketika memeriahkan acara sambutan Hari Kebangsaan 2023. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Orang ramai digalakkan memakai pakaian batik ketika sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada Khamis ini di Dataran Putrajaya di sini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata galakan berkenaan bukan sahaja bagi memeriahkan acara sambutan bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan itu, malah ia juga dapat menunjukkan sokongan padu kepada industri batik tempatan.

‘Kita ingin ketengahkan dan utamakan baju dan fesyen batik kerana ini semestinya menjadi kebanggaan untuk rakyat Malaysia,’ katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau raptai sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

 Pada 23 Ogos, Bernama melaporkan sebanyak 400 helai pakaian batik Malaysia bertemakan semangat kemerdekaan bakal mewarnai sambutan Hari Kebangsaan 2023 dan akan diperagakan oleh barisan Jemaah Menteri, tetamu kehormat serta urus setia.

Mengulas tahap persiapan sambutan berkenaan, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 berkata ia berjalan lancar dan pihaknya sedang meneliti isu berkaitan jangka masa bagi memastikan tiada masalah timbul pada hari berkenaan.

“Saya setakat ini berpuas hati dengan tahap persediaan, kita lihat khemah utama telah siap dipasang dan ada beberapa kelengkapan lagi (akan diselesaikan), sekarang sedang teliti isu masa, sekiranya pasukan merasakan ada keperluan untuk kita buat pelarasan kita akan buat kerana kita ada ruang masa yang terhad sebab isu penerbangan,” katanya.

Mengenai isu liputan Internet, Fahmi berkata beberapa kenderaan ‘Cell On Wheels (COW)’ milik penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan ditempatkan di kawasan sekitar Dataran Putrajaya bagi memasti kelancaran capaian.

"Saya telah mengarahkan supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneliti perkara itu dan menyesuaikan peralatan untuk memastikan tidak berlaku apa apa gangguan telekomunikasi pada hari tersebut," katanya.

Fahmi juga menggalakkan semua pihak yang terlibat termasuk petugas media untuk menguji capaian liputan Internet dan isyarat telekomunikasi talian masing-masing pada hari raptai penuh Hari Kebangsaan 2023 pada 29 Ogos ini.

"Kita tidak mahu ada masalah hingga jejaskan tugasan petugas yang terlibat," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran