web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP PKP Tidak Statik Tetapi Bersifat Dinamik - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 10:50PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah tidak statik tetapi bersifat dinamik mengikut  perkembangan semasa penularan jangkitan COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebarang keputusan untuk melaksanakan sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ ditetapkan oleh MKN selepas rundingan melibatkan pelbagai pihak mengikut keperluan menangani situasi pandemik COVID-19.

Justeru, katanya, berlaku perubahan dalam penetapan SOP dari semasa ke semasa adalah tertakluk kepada perubahan situasi jangkitan itu sendiri.

“Ikut keadaan situasi yang memerlukan kita membuat pelarasan untuk menangani situasi yang berbeza-beza. 

“Contoh (sebelum ini) dibenarkan restoran  menerima  pelanggan masuk makan. Kemudian tidak boleh pula.

“Saya minta maaf kalau ada yang agak keliru. SOP tidak dibuat oleh MKN sewenang-wenang,” katanya dalam program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif Bersama YAB Perdana Menteri yang disiarkan RTM dan Bernama TV malam ini.

Muhyiddin berkata beliau memahami rungutan rakyat yang melihat seolah-olah SOP berubah-ubah namun ia disebabkan oleh situasi keadaan COVID-19 itu sendiri yang berubah.

Beliau menegaskan pelaksanaan SOP diputuskan dalam mesyuarat yang turut dihadiri Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, selepas diwartakan dan dikuatkuasakan, SOP berkenaan diumumkan kepada orang ramai supaya semua pihak mengetahuinya.

“Kalau tidak faham juga boleh tanya dan kita sudah minta menteri-menteri untuk beri penjelasan, pegawai-pegawai beri penjelasan. 

“Pemimpin masyarakat yang ada program empowerment (pemerkasaan) pun sudah diberi penerangan supaya mereka bantu menjelaskan situasi dan keadaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin menjelaskan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meminta mengubah SOP kerana kuasa terletak kepada kerajaan Persekutuan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Kementerian Kesihatan atau Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Mengenai ketidakpatuhan SOP, Perdana Menteri berkata setiap tindakan diambil adalah berlandaskan undang-undang yang diwartakan tanpa mengira status seseorang itu.

“Apa kuasa hendak tangkap atau kenakan kompaun  RM10,000? Pasal itu SOP bersandarkan undang-undang dan diwartakan. 

“Kalau tidak diwartakan, tidak sah. Ini cerita yang tidak ramai orang tahu.

“Sebab itu kalau kerajaan buat keputusan hendak buat SOP, selagi tidak diwartakan ia belum boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan individu yang ‘kebal’ dan kewujudan dua darjat dalam penguatkuasaan SOP, Muhyiddin berkata, tidak ada dwistandard dalam pelaksanaan dasar kerajaan.

“Kerajaan tidak kira siapa. Menteri ke Perdana Menteri, siapa yang melanggar (SOP) dan memang nyata ada bukti-bukti ikut undang-undang maka mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan hukuman, kompaun, charge (pendakwaan) dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata dengan jumlah 30 juta penduduk Malaysia, pihak berkuasa juga tidak dapat memantau jumlah yang begitu ramai itu dan ada yang akan  dilihat seolah-olah terlepas daripada hukuman.

Oleh itu, Perdana Menteri meminta rakyat supaya elak daripada melakukan kesalahan mengingkari SOP kerana ia dibuat bukan untuk menyekat kebebasan termasuk hak asasi manusia.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya memberi kerjasama dengan mematuhi SOP demi menjamin kesejahteraan semua dalam membendung penularan jangkitan COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad