web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tingkat Kawalan Keselamatan Di Ibu Kota Pada Malam Ambang Merdeka

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 11:04AM

Kawalan keselamatan di sekitar ibu kota termasuk Dataran Merdeka dipertingkatkan bagi mengelak kejadian tidak diingini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka bersempena dengan sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pemantauan keselamatan dan pematuhan akan dilakukan oleh anggota di sekitar tiga lokasi sambutan itu bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir menyaksikan acara berkenaan.

“Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka sahaja yang akan ditutup pada malam sambutan (Ambang Merdeka), manakala di lokasi lain hanya tindakan segera akan diambil jika berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Bernama.

Bagi acara kemuncak sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini, beliau berkata dengan 100,000 pengunjung dijangka hadir, sebanyak 1,764 anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai pada hari berkenaan termasuk 416 anggota trafik melakukan kawalan lalu lintas di sekitar Putrajaya.

Selain itu, katanya penjagaan keselamatan juga mendapat kekuatan bantuan daripada Pasukan Sahabat membabitkan 266 anggota daripada agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Allaudeen berkata sebagai persediaan bagi kawalan keselamatan sebelum sambutan berkenaan, pihak polis sudah mengumpulkan maklumat risikan ancaman keselamatan terkini, selain melihat kepada penggunaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Putrajaya. 

“Selain itu, bilik gerakan full manning juga akan diaktifkan, dengan melakukan flushing di tapak sambutan antaranya untuk memastikan adanya laluan kecemasan bagi ambulans sekiranya ada kecemasan, serta penetapan laluan trafik yang selaras dan perancangan kecemasan lain,” kata Allaudeen.

Berkenaan penutupan jalan, beliau berkata sebanyak 18 jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup bagi tujuan raptai dan raptai penuh bermula 5 pagi hingga 11 pagi esok hingga 29 Ogos, manakala 22 jalan akan ditutup pada hari sambutan berkenaan.

“Penutupan itu tidak akan menjejaskan pergerakan lalu lintas di sekitar Putrajaya walaupun pada hari bekerja dan kita sudah membuat makluman awal dalam hebahan menerusi media-media dan pelbagai saluran.

”Namun, bagi yang mungkin terkesan terutamanya melibatkan perjalanan ke pejabat pada hari-hari berkenaan dinasihatkan guna jalan alternatif atau merancang pergerakan lebih awal,” katanya.

Allaudeen turut menasihati orang ramai yang akan hadir bagi menyaksikan acara kemuncak di Dataran Putrajaya supaya menggunakan pengangkutan awam disediakan oleh Perbadanan Putrajaya iaitu kemudahan bas ulang-alik percuma bermula 4 pagi hingga 2 petang dengan kekerapan masa 10 minit dari dua pick-up point iaitu Terminal Putrajaya Sentral dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

“Pengunjung juga dinasihatkan untuk hadir awal ke lokasi bagi mengelakkan kesesakan dan jika bawa kenderaan letakkan di tempat yang dibenarkan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar