web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tokoh Kemerdekaan Anak Jati Negeri Sembilan Dipapar Di Papan Iklan Digital

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 4:44PM

Exco Pendidikan dan Modal Insan, Datuk Ismail Lasim ketika melancarkan Paparan Wajah Merdeka Anak Nogoghi hari ini. gambar Facebook Aminuddin Harun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengetengahkan sembilan tokoh anak jati negeri itu sebagai paparan wajah kemerdekaan pada papan iklan diod pemancar cahaya (LED) di lapan daerah bermula hari ini hingga 16 Sept.

Exco Pendidikan dan Modal Insan, Datuk Ismail Lasim berkata ia sebagai platform mengangkat martabat figura terbabit yang banyak menyumbang kepada negara dalam mencapai kemerdekaan serta bidang lain.

“Inisiatif ini lebih inovatif dan kreatif apabila ia dipaparkan pada papan iklan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Rakyat secara keseluruhannya dapat melihat dan mengetahui jasa dan pengorbanan tokoh tersebut yang juga anak kelahiran negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Paparan Wajah Merdeka Anak Nogoghi di sini hari ini.

Tokoh tersebut adalah Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu); Yamtuan Antah Ibni Yamtuan Radin (mempertahankan kedaulatan Seri Menanti pada 1876); Abdul Qahar Mukmin (Pendekar Siamang Gagap iaitu Panglima Angkatan Perang).

Datuk Syeikh Ahmad Mohd Said (pembaca doa kesejahteraan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957); Datuk Siti Rahmah Kassim (Wanita Gelang Merdeka); Tan Sri Zainal Abidin Ahmad Za'aba (Pendeta Za'aba); Sarjan Hassan Othman; Tauke Tung Yen (pelombong bijih timah membangunkan Kuala Pilah) dan legenda badminton negara Datuk Punch Gunalan.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di Facebook rasminya menyifatkan paparan tersebut adalah sumber ilmu kepada masyarakat mengenai hasil usaha dan dedikasi daripada tokoh kemerdekaan negara ini.

“Menjadi harapan bahawa paparan ini bukan sahaja menjadi sumber ilmu, tetapi juga membangkitkan semangat cintakan tanah air,” katanya sambil menyeru rakyat terus meraikan warisan perjuangan pahlawan yang sudah mengorbankan segalanya supaya masa depan negara menjadi lebih baik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

3

Semasa 4 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Kolum 5 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad