web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pameran Busana Pelbagai Kaum Serlah Keharmonian Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 12:35PM

Koleksi perhiasan kepala yang dipakai oleh setiap raja dan sultan di negara ini turut dipamerkan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pakaian tradisional pelbagai kaum di negara ini yang merupakan warisan tamadun dan peradaban sejak zaman berzaman perlu terus dipelihara dan ditonjolkan kepada umum supaya ‘tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas’.

Sehubungan itu, Muzium Tekstil Negara dengan kerjasama Paradigm Mall menganjurkan ‘Pameran Warna Warni Busana Malaysia’ di lot kedai aras satu di pusat beli-belah itu sehingga 17 Sept ini.

Pengarah Muzium Tekstil Negara Tengku Intan Rahimah Tengku Mat Saman berkata pameran itu bertujuan mempamerkan keunikan, keanggunan dan kepelbagaian busana tradisional serta perhiasan diri yang melambangkan sifat majmuk rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

“Pameran ini mengetengahkan keunikan dan keistimewaan busana tradisional setiap kaum iaitu Melayu, Cina, India, masyarakat Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.

“Turut dipamerkan koleksi perhiasan kepala yang dipakai oleh setiap raja dan sultan yang ada selain barang perhiasan diri yang menjadi pelengkap sesuatu busana,” katanya kepada Bernama.

Tengku Intan Rahimah menunjukkan antara tekstil yang dipamerkan. - gambar BERNAMA
Tengku Intan Rahimah menunjukkan antara tekstil yang dipamerkan. - gambar BERNAMA

Tengku Intan Rahimah berkata pameran itu yang menyasarkan 10,000 pengunjung bukan sahaja dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, tetapi mengeratkan kerjasama strategik dalam usaha mengangkat, memelihara dan memulihara warisan budaya di Malaysia.

Katanya 68 koleksi bahan yang dipamerkan merupakan milik Muzium Tekstil Negara selain ada yang dipinjamkan dari Muzium Diraja dan Arkib Negara Malaysia.

Antara yang menarik ialah replika baju Muskat yang dipakai oleh Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa pemahsyuran kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 serta Tengkolok Diraja yang merupakan pakaian kebesaran Raja-raja Melayu.

Replika baju Muskat yang pernah dipakai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa pemahsyuran kemerdekaan negara. - gambar BERNAMA
Replika baju Muskat yang pernah dipakai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa pemahsyuran kemerdekaan negara. - gambar BERNAMA

“Perhiasan lain seperti Selendang Kelingkan daripada kain kasa berwarna merah jambu yang diperindah dengan sulaman kelingkan menggunakan pita logam pipeh bermotifkan bunga tabur serta Pinakol iaitu aksesori jenis selempang diperbuat daripada manik leper oleh masyarakat Rungus di Kudat, Sabah,” katanya.

Selendang Kelingkan daripada kain kasa. - gambar BERNAMA
Selendang Kelingkan daripada kain kasa. - gambar BERNAMA

Beliau berkata atas faktor keselamatan kebanyakan koleksi yang dibawa ke pameran itu merupakan replika yang dibuat hampir sama dengan asli.

Pengunjung dari Kuala Lumpur, Walter Chua, 41, berkata pameran itu membawanya untuk lebih mengenali pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia selain mengetahui lebih mendalam mengenai Tengkolok Diraja.

“Baru saya tahu, rupa-rupanya setiap tengkolok itu ada perbezaannya dan ada cara ikatan tersendiri bagi setiap negeri,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 38 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam