web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet Luluskan Dasar Gaji Progresif, Butiran Dalam Belanjawan 2024 – Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 7:38PM

Rafizi Ramli. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar sistem gaji progresif telah diluluskan di peringkat Kabinet dan butirannya akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sistem itu dijangka akan dilaksanakan pada April atau Mei tahun depan, dan atas alasan itu dasar tersebut perlu dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

“Dasar ini telah diluluskan secara prinsip serta pendekatannya dan kemudian kami perlu melalui pelbagai proses termasuk melibatkan semua pihak berkepentingan dan tahap liputan untuk kumpulan tertentu.

“Seterusnya, kami akan menterjemahkannya kepada komitmen kewangan yang kerajaan perlu lakukan dan kami akan melalui proses belanjawan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Program Kepimpinan Digital Eksekutif di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan memberi lebih banyak tumpuan kepada pembangunan negeri dalam belanjawan tersebut sebagai usaha untuk merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia. 

“Kita ada tiga kategori, satu yang telah diberi keutamaan (Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis); kedua ialah negeri-negeri dengan pertumbuhan yang mempunyai kemajuan ekonomi sendiri tanpa banyak suntikan daripada Kerajaan Persekutuan (Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); ketiga ialah negeri yang berada di tengah-tengah (Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka).

“Ini juga perubahan yang kita perhalusi kerana kita juga perlu berlaku adil kepada negeri-negeri tertentu seperti Perak, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Belanjawan 2024 telah dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen pada 13 Okt. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad