web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Operasi Bawa Keluar Bangkai, Serpihan Pesawat Selesai – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 9:23PM

Kerja membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat yang terhempas di Bandar Elmina selesai. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di sini telah selesai hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lokasi nahas akan dikosongkan malam ini.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata kesemua kawalan polis di lokasi nahas juga akan dihentikan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati lori yang membawa serpihan dan bangkai pesawat berkenaan telah meninggalkan lokasi nahas pada kira-kira 7 malam.

Keadaan cuaca yang mendung dan kadangkala hujan tidak menghalang proses membawa keluar bangkai pesawat itu.

Selain itu, jalan yang terlibat dengan nahas akan dibersihkan namun laluan masih ditutup dan polis juga telah membuka garisan kuning yang dipasang di lokasi.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan memaklumkan laporan awal siasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 individu itu akan disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia berlaku.

Siasatan teknikal berdasarkan Lampiran 13 – Kemalangan Pesawat dan Siasatan Insiden, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), telahpun dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara dari tarikh kejadian itu.

Nahas yang berlaku pada Khamis lepas telah mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.

Ketika insiden, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad