web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Bantu Urusan Jenazah, Salur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 2:53PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanyakan sesuatu kepada waris mangsa di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini. gambar Syadila Amari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Kerajaan akan menyediakan bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa yang terbabit dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam semalam yang mengorbankan 10 nyawa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi meringankan beban keluarga, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Sekarang ini kita bagi semua bantuan yang diperlukan untuk uruskan jenazah, semua kelengkapan dan penginapan. 

"Selain itu kerajaan berikan bantuan kepada keluarga untuk menampung (keperluan), terutama yang tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi pihak keluarga,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa tragedi itu di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini. 

Perdana Menteri turut memaklumkan proses bedah siasat dan proses pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap 10 mangsa yang terkorban dalam nahas itu, akan dipercepat bagi memudahkan pengurusan jenazah.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan minta supaya bersabar, tiada siapa boleh jangka cuma yang dilakukan sekarang adalah mempercepatkan proses forensik dan ujian DNA.

“Sebaik selesai semua, (jenazah) akan diuruskan oleh kerajaan sama ada Majlis Agama, Kerajaan Selangor dan jabatan berkenaan. Kita akan bantu meringankan beban keluarga,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata, beliau yang mengikuti perkembangan kes tersebut sejak semalam, bersyukur dengan kelancaran operasi yang dijalankan oleh agensi terbabit, selain meluahkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada semua anggota terlibat.

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bagi negeri Pahang, ekoran penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, salah seorang mangsa yang maut dalam insiden tersebut, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin yang hadir di lokasi yang sama di sini, bagi menziarahi waris mangsa.

Turut hadir, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Semalam, 10 lelaki disahkan maut dalam kejadian tersebut yang terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi adalah orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada pukul 2.48 petang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran