web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


10 Pegawai Forensik Terlibat Bedah Siasat Mangsa - Pengarah HTAR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 9:31PM

Ambulans bersiap sedia untuk membawa jenazah mangsa nahas pesawat ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi bedah siasat. gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Sepuluh pegawai forensik terlibat dalam bedah siasat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alan, di sini petang tadi.

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata empat daripada pegawai forensik terbabit adalah kakitangan hospital berkenaan, manakala bakinya dari hospital berhampiran.

"Ia melibatkan pakar forensik, pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, pemerhatian Bernama di Jabatan Forensik HTAR mendapati pengamal media mula berkumpul di pekarangan jabatan berkenaan sejak 6 petang tadi.

Kesemua petugas dan pengawal keselamatan hospital juga dilihat melakukan persiapan awal bagi bedah siasat mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Beberapa khemah kecil turut didirikan di kawasan tempat letak kereta jabatan tersebut dan sekitar 7 malam tadi sebuah pacuan empat roda membawa empat anggota polis tiba bagi tujuan keselamatan.

Terdahulu, polis mengesahkan 10 orang termasuk dua kru penerbangan dan enam penumpang terkorban dalam nahas pesawat tersebut. 

Antara yang terkorban Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Dua daripada mangsa adalah orang awam yang masing-masing menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat berkenaan terhempas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jenazah Nidza Afham Dibawa Ke Hospital Shah Alam Untuk Bedah Siasat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Juruterbang Maut Pesawat Bertembung Ketika Pertunjukan Udara

3

Semasa 2 tahun yang lalu

DUN Pahang Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Johari Harun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

10 Mangsa Maut di Elmina Diklasifikasikan Sebagai Kematian Mengejut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad