web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Pahang Antara 10 Maut Tragedi Pesawat Terhempas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 5:52PM

Datuk Seri Johari Harun. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dipercayai antara 10 mangsa yang maut dalam nahas pesawat di Elmina, di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain lapan penumpang dan kru pesawat, tragedi itu turut meragut nyawa dua orang awam yang berada di lokasi.

Hussein Omar Khan - gambar fail
Hussein Omar Khan - gambar fail

Menurut beliau, pesawat  jenis Beechcraft 390 dengan nombor pendaftaran N28JV itu sedang dalam penerbangan dari Langkawi, menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Kejadian berlaku pada jam 2.40 petang, dan pesawat terbabit terhempas hanya dua minit sebelum ia dijadualkan mendarat.

“Laporan diterima menyatakan pesawat itu hilang kawalan, sebelum merempuh sebuah motosikal dan kereta yang berada di lebuh raya itu,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi.

Hussain memberitahu, semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.

Johari (dua dari kiri) sewaktu di dalam pesawat - gambar Facebook
Johari (dua dari kiri) sewaktu di dalam pesawat - gambar Facebook

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor mengambil masa sekitar 10 minit untuk memadamkam kebakaran dan semua mayat akan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk post mortem serta pengecaman,” katanya.

Getaran diberitahu, kesemua mangsa dalam pesawat ialah lelaki tempatan manakala identiti penunggang motosikal dan pemandu kereta terbabit masih belum dapat dipastikan.

Ketika diminta mengesahkan dakwaan kononnya nahas berkenaan turut melibatkan anak lelaki Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis, Hussein berkata perkara itu masih belum dapat dipastikan.

“Identiti mereka masih dalam siasatan dan kesemuanya berusia antara 40 hingga 50 tahun, jika mengikut manifest penumpang yang kita perolehi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat peribadi dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu menerima kebenaran untuk mendarat pada jam 2.48 petang.

Pesawat bernombor pendaftaran N28JV jenis Beechcraft 390 yang terbabit nahas - gambar media sosial
Pesawat bernombor pendaftaran N28JV jenis Beechcraft 390 yang terbabit nahas - gambar media sosial

“Panggilan pertama dibuat oleh pesawat ke Menara Kawalan Trafik Udara Subang ialah pada jam 2.47 petang.

“Pada jam 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang melihat kepulan asap dari lokasi kejadian tapi tiada sebarang panggilan kecemasan diterima daripada pesawat terbabit,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurugambar di Unit Komunikasi dan Media Pahang, Azmaidi Abidin memuat naik sekeping foto dirakam bersama Johari, yang turut disertakan ucapan takziah.

Hantaran terbabit secara tidak langsung mengesahkan bahawa Johari sememangnya antara mangsa yang terkorban. - Getaran, 17 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad