web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Penumpang, MH122 Menuju KL Berpatah Balik Ke Sydney

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 6:02PM

Penumpang yang mencetuskan masalah itu sudah ditahan pihak berkuasa - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines MH122 yang berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia terpaksa berpatah balik berikutan gangguan daripada penumpang di dalam pesawat.

Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak berkuasa tempatan sedang menilai situasi itu.

“Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney. Penerbangan itu membawa 194 penumpang dan lima kru selamat mendarat pada 3.47 petang waktu tempatan.

“Keselamatan dan keselesaan kru dan penumpang kami adalah amat penting bagi Malaysia Airlines,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, portal berita antarabangsa melaporkan penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur dari Sydney terpaksa berpatah balik susulan 'insiden kecemasan' di udara.

MH122 berlepas dari Sydney pada 1.40 tengah hari dan mendarat semula pada 3.47 petang.

Video yang disiarkan menerusi X (Twitter) oleh individu yang didakwa berada dalam penerbangan MH122 itu menunjukkan kru penerbangan cuba menenangkan seorang lelaki yang menjerit kepada penumpang lain.

Polis Persekutuan Australia menerusi media sosialnya memaklumkan pihaknya sedang bertindak terhadap kejadian kecemasan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

“Kemas kini akan dikeluarkan pada masa yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, AFP melaporkan, Polis Persekutuan Australia (AFP) menahan seorang penumpang yang didakwa mencetuskan ‘gangguan’ di dalam pesawat Malaysia Airlines MH122 semasa dalam penerbangan.

Penumpang lelaki berumur 45 tahun itu ditahan tanpa sebarang insiden, dan dijangka akan didakwa lewat malam ini.

“Penumpang itu telah dipindahkan dari pesawat. Tiada ancaman besar kepada orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Menurut AFP pihaknya tidak akan mendedahkan butir-butir mengenai operasi, tetapi berkata pelan tindak balas kecemasan telah dilaksanakan dan tindakan memindahkan lelaki itu dibuat sebaik sahaja pelaksanaannya dianggap selamat untuk penumpang lain dan anak kapal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MAS Sahkan Masalah Enjin Punca MH199 Lakukan Pendaratan Kecemasan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar