web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Dibangkit Dalam Sesi Dialog Warga KKM Dalam Tindakan - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 7:55AM

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bergambar bersama kakitangan Kementerian Kesihatan selepas sesi dialog di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. gambar Facebook Dr Zaliha

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beberapa perkara yang dibangkitkan warga Kementerian Kesihatan (KKM) pada sesi dialog dengan beliau di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam, sedang dalam tindakan.

Beliau berkata berkenaan isu elaun perpindahan Pegawai Perubatan ke Sabah dan Sarawak, perkara itu sedang beliau bincangkan dengan Bahagian Sumber Manusia (BSM) KKM bersama Kementerian Kewangan untuk pertimbangan berdasarkan peraturan perbendaharaan.

“Selain itu isu penurunan gred bagi pegawai farmasi dan pergigian yang dilantik ke skim tetap akan turut dibawa ke perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Tempoh kontrak maksimum lima tahun bagi pegawai farmasi turut mendapat perhatian saya. Saya akan minta Bahagian Sumber Manusia untuk menilai semula bagi memastikan laluan kerjaya profesion ini lebih terjamin,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya semalam. 

Menurut Dr Zaliha cadangan untuk pendigitalan sistem kesihatan juga akan menjadi keutamaan untuk dimantapkan dan diperluaskan ke fasiliti-fasiliti KKM di seluruh negara selain ingin melihat Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dilaksanakan dalam kadar segera.

Beliau berkata sesi libat urus bersama warga kerja kementerian seperti itu adalah platform kepada warga KKM untuk menyampaikan pendapat secara terus kepadanya sebagai Menteri Kesihatan.

“Insya-Allah, saya bertekad untuk mewujudkan ekosistem kerja yang lebih inklusif, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar