web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP Tambahan Sekadar Deja Vu, Tiada Perkara Baharu - Hannah Yeoh

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 8:19PM

Mulai Selasa ini, operasi perniagaan dihadkan pada jam 8 pagi hingga 8 malam.- Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara Kerajaan mengulangi prosedur operasi standard (SOP) yang pernah diguna pakai beberapa bulan dahulu, seorang Ahli Parlimen pembangkang turut 'mengitar' semula desakan yang beliau utarakan bagi memprotes keputusan itu.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, turut menyifatkan pengumuman SOP yang membabitkan had operasi perniagaan bermula dari pukul lapan pagi hingga lapan malam itu sebagai satu episod “déjà vu.”

Ini kerana SOP yang baru sahaja diumumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, dakwa Hannah, adalah sama dengan SOP yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada Januari lalu.

“Déjà vu 8PM? Kami (pemimpin Pakatan Harapan) pernah keluarkan kenyataan ini pada awal tahun ini. Sekarang kena ulang sekali lagi. Kenapa kebodohan ini diulang sekali lagi?” soal Hannah dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut mengepilkan kenyataan media bersama, ditandatangani 20 Ahli Parlimen pembangkang termasuk dirinya sendiri,  pada 18 Januari 2021 yang menggesa kerajaan mengkaji semula SOP pengurangan had masa operasi perniagaan itu.

Antara lain kenyataan itu menegaskan, pengurangan had masa operasi dikatakan tidak wajar dilaksanakan kepada para peniaga memandangkan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Sekadar info, di bawah PKP 3.0 yang berkuatkuasa dari 12 Mei hingga 7 Jun ini, para peniaga juga berdepan dengan kekangan yang sama berhubung larangan “dine-in” di premis perniagaan.

“Masa operasi kedai makanan dan minuman seperti sekarang telah menyusahkan mereka yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja.

“Membenarkan para peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan mereka akan membantu memulihkan ekonomi para peniaga, malah ia turut berupaya menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah kerana mereka boleh membuat pesanan dalam talian dan tidak terhad sehingga lapan malam sahaja,” jelas kenyataan itu.

Ismail Sabri dalam sidang media berkenaan turut mengumumkan beberapa SOP tambahan dalam memperketatkan PKP 3.0 ini.

Ia mencakupi pengurangan kekerapan serta kapasiti pengangkutan awam sebanyak 50 peratus dan kebenaran kepada 80 peratus pekerja sektor awam serta 40 peratus pekerja sektor swasta untuk berkerja dari rumah.

“Kita tidak boleh melaksanakan ‘lockdown’ sepenuhnya kerana kita perlu memikirkan nasib para peniaga yang berpendapatan harian,” kata Ismail Sabri dalam sidang media itu.

“Ada banyak syarikat yang tidak mampu untuk menanggung ‘lockdown’ sekali lagi kerana ia akan menyebabkan mereka gulung tikar. Itu akan menyebabkan lebih ramai lagi yang akan kehilangan pekerjaan,” tambahnya. – Getaran, 22 Mei, 2021.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran