web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Laporan Babit 3R Diterima – Ayob Khan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 5:04PM

Ayob Khan Mydin Pitchay - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Tiada sebarang laporan diterima setakat ini melibatkan kes berkaitan 3R (raja, agama dan kaum) walaupun 131 kertas siasatan telah dibuka. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, 28 daripada kertas siasatan itu berpusat di Selangor. 

Menurut beliau, sekitar 35,000 anggota polis telah ditugaskandi Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN), termasuk 5,526 di Selangor. 

Dengan waktu mengundi masih berbaki beberapa jam, Ayob Khan mengeluarkan amaran keras agar orang ramai tidak melakukan sebarang provokasi. 

“Kami harap tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku yang boleh menjejaskan proses pengundian. 

“Kita telah melalui banyak pilihan raya, dan jika anda berdepan sebarang provokasi, serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut kerana sudah menjadi tanggungjawab kami menjaga keamanan,” katanya. 

Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan sebarang provokasi dengan tempoh berkempen masih berbaki kurang sejam - gambar fail
Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan sebarang provokasi dengan tempoh berkempen masih berbaki kurang sejam - gambar fail

Ayob Khan turut menggesa semua ahli parti di kesemua enam negeri agar bersikap rasional dan tidak melakukan sebarang perkara yang melanggar undang-undang. 

Beliau juga memberitahu, pasukan Ops Cantas sudah bersedia di beberapa lokasi panas. 

Sementara itu ketika mengulas video viral yang memaparkan seorang lelaki dikasari polis, Ayob Khan tidak menolak ia berpunca daripada provokasi. 

“Saya boleh sahkan insiden tersebut berlaku di ibu pejabat polis daerah di Pantai Timur dan kami masih menyiasat kejadian tersebut.   

“Mungkin ada provokasi yang telah berlaku sebelum kejadian berkenaan dirakam,” katanya, 

Video berdurasi 14 saat itu memaparkan seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal sambil membawa bendera PAS dikasari oleh polis. - Getaran, 12 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad