web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Terdedah Logam Bahaya Jika Guna Air Perigi, Telaga Tiub - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 9:00PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebarang pembinaan telaga untuk tujuan pengambilan air bawah tanah harus mematuhi keperluan dan garis panduan pihak berkuasa kerana terdapat risiko kandungan logam tinggi dalam tanah yang membahayakan kesihatan.

Merujuk kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyatakan rakyat negeri itu boleh menggali sendiri telaga jika air yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak memuaskan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan membimbangkan.

"Bekalan air Kelantan sememangnya bermasalah dengan sebahagian besar penduduk negeri itu tidak dibekalkan dengan air bersih dan berkualiti," katanya yang turut menerima pelbagai aduan berhubung bekalan air setiap kali lawatannya ke Kelantan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Nazmi berkata beliau menerusi kementeriannya akan terus memantau keadaan air Kelantan dan mengulangi komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI untuk menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan.

Menurut laporan media, Mohd Amar dilaporkan berkata isu air dihadapi rakyat Kelantan bukannya masalah besar, malah mereka yang terjejas dengan masalah air dapat memahami situasi tersebut dan mampu menguruskannya dengan menggali perigi atau membuat telaga tiub.

Nik Nazmi sebelum ini dilaporkan berkata Putrajaya tidak menolak kemungkinan melakukan rombakan atau mengambil alih AKSB jika usaha menyelesaikan masalah air di negeri itu tidak berhasil dan gagal mendapat kerjasama.

Anwar pada 18 Jun lepas mengumumkan peruntukan RM500 juta untuk mengatasi masalah air bersih di Kelantan, yang merupakan peruntukan tambahan kepada dana RM1 bilion yang diumumkan pada Mei 2023 yang disediakan kerajaan Pusat bagi Kelantan menangani masalah air. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad