web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saman Diteruskan Demi Integriti Kerajaan Negeri, Penjawat Awam - Amirudin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 4:48PM

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mengadakan sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Gombak di Batu Caves hari ini. gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan meneruskan tindakan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan Menteri Besar Kedah itu yang didakwa berbaur fitnah ketika berkempen di Jitra, Kedah baru-baru ini.

Amirudin berkata peguamnya akan menghantar tuntutan saman kepada pemimpin PAS itu esok atau selewat-lewatnya pada Khamis.

Beliau berkata langkah itu demi menjaga kredibilitinya sebagai menteri besar, pentadbiran kerajaan negeri dan penjawat awam yang turut terkena tempias dakwaan tidak berasas Muhammad Sanusi itu.

“Saya kena jaga kredibiliti (sebagai menteri besar) bukan tak tahan dengan kritikan, tapi ini kita kena ambil (langkah) pertahankan integriti dan tata kelola pentadbiran kerajaan Selangor.

“… tak kan kita tak boleh saman untuk pertahan diri (daripada fitnah). Ini kes bercakap (dakwaan) tanpa fikir, sudah banyak kali. Hina saya tak apa tetapi ini (fitnah) kredibiliti pentadbiran dan penjawat awam,” katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Gombak di Taman Samudera, Batu Cave di sini hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dalam Jelajah Mega PN Best ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Amirudin dengan Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata tuduhan Muhammad Sanusi itu adalah tindakan terdesak, malah isu berkenaan sudah dijawab beberapa kali dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebelum ini.

“Minggu akhir kempen ini, mereka (pembangkang) dilihat lebih galak menabur fitnah dan kitar semula dakwaan yang sebahagian besarnya sudah dijawab dalam sidang DUN… boleh rujuk dengan hansard sidang DUN.

“Tuduhan seperti ini amat memalukan dan tidak menunjukkan statusnya (Muhammad Sanusi) sebagai pemimpin,” katanya.

Sementara itu, ditanya berhubung dakwaan calon Kerajaan Perpaduan (PH-BN) di Selangor menggunakan jentera atau program kerajaan untuk berkempen, Amirudin yang juga calon PH-BN bagi DUN Sungai Tua menafikan dakwaan itu.

“Dalam program kerajaan negeri, kita elak untuk membuat ucapan politik, tidak mempromosikan calon (kita), kita cuba elak sebarang kempen (pilihan raya negeri) atau guna jentera kerajaan,” katanya.

PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu diadakan serentak dengan hari pengundian pada Sabtu ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad