web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Kontinjen Malaysia di Jambori Pengakap di Seoul Disahkan Selamat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 12:43PM

Sebahagian anggota pengakap yang mewakili pelbagai negara. gambar laman web Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kesemua 499 ahli kontinjen Malaysia terdiri daripada pengakap, guru pengiring dan pasukan sokongan yang menyertai '25th World Scout Jamboree' bermula 1 hingga 12 Ogos di Seoul, Korea Selatan dilaporkan berada dalam keadaan selamat susulan cuaca panas yang agak melampau di Saemangeum.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan hari ini.

“Menurut laporan awal, empat orang daripada kontinjen Malaysia telah mengalami masalah kesihatan seperti pening kepala, demam serta ruam. Kesemua mereka dilaporkan sudah mendapat rawatan yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus berhubung rapat dengan wakil kontinjen Malaysia dan pihak penganjur untuk mendapatkan perkembangan semasa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul di alamat berikut; Kedutaan Besar Malaysia di Seoul - 129, Dokseodang-ro (Hannam-dong) Yongsan-gu, Seoul 04419 atau talian telefon (+822 2077-8600) dan alamat email ([email protected]).

Menurut laporan antarabangsa pada Ahad, beratus-ratus pengakap yang menyertai acara itu telah jatuh sakit, ekoran cuaca panas mencecah 35 darjah Celcius (95F).

Persatuan Pengakap mengesahkan kontinjen Britain seramai 4,500 orang sedang dipindahkan dari tapak perkhemahan di Saemangeum ke Seoul.

Pasukan Amerika Syarikat dan Singapura juga bertindak mengosongkan tapak berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengumpul Dari Sabah Pelihara Legasi Pengakap

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kepala Lori Terbakar Di Lebuh Raya

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad