web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jurang Gender Dalam Pasaran Tenaga Kerja Masih Besar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 7:03PM

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS  -- Jurang gender antara wanita dan lelaki dalam pasaran tenaga kerja masih terlalu besar apabila hanya 56.2 peratus untuk wanita (kadar penyertaan tenaga buruh wanita) berbanding lelaki dengan 82.9 peratus, setakat Mei tahun ini.

Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata bagaimanapun usaha seperti menganjurkan karnival kerjaya khusus untuk wanita mampu membantu meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh sebanyak 60 peratus.

“Tetapi yang lebih penting ialah impak yang akan dirasai oleh wanita-wanita di peringkat akar umbi. Apabila setiap wanita mempunyai dompetnya sendiri, maka sudah pastilah kesihatan dan kesejahteraan keluarganya lebih terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MYFutureJobs bersama HAWA yang bertemakan “Perkasa Wanita dan Keluarga” di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) Datuk Shahul Dawood.

Sementara itu, Shahrizat berkata HAWA Malaysia akan berusaha untuk membantu menyebarluaskan perkhidmatan PERKESO termasuk Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada golongan wanita di seluruh negara.

Beliau berkata usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO melibatkan golongan pencari kerja khususnya wanita amat membantu dalam merancakkan semula pasaran buruh ekonomi negara.

“Saya amat gembira apabila mendapat tahu bahawa sebanyak 45 karnival kerjaya termasuk sesi temu duga telah dianjurkan oleh PERKESO khusus untuk pencari kerja wanita sejak Januari tahun ini.

“Ini ialah satu usaha murni dalam menggalakkan golongan wanita menyertai pasaran kerja, seterusnya memberi peluang kepada mereka meningkatkan taraf hidup keluarga dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad