web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembinaan PJD Link Tidak Diteruskan, Tak Penuhi Syarat Kerajaan Negeri - Amirudin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 1:44PM

Amirudin Shari -- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD-Link) di Petaling Jaya tidak akan diteruskan. 

Menegaskan perkara tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah meneliti beberapa aspek berhubung cadangan pembinaan lebuhraya berkenaan. 

Menurut beliau, pembinaan di kawasan Bandaraya Petaling Jaya itu pada awalnya diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 12 November 2017. 

“Cadangan ini kemudian dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 3 September 2020. 

“Kajian pembinaan seterusnya dijalankan dengan melibatkan penduduk di kawasan Petaling Jaya,” katanya. 

Amirudin memberitahu, cadangan berkenaan menerima kelulusan bersyarat selepas dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 12 November 2021. 

Jemaah Menteri melalui kelulusan itu katanya, menetapkan supaya pembinaan PJD Link perlu memenuhi semua syarat ditetapkan kerajaan negeri. 

Pembinaan PJD Link tidak menepati syarat ditetapkan kerajaan negeri - gambar hiasan
Pembinaan PJD Link tidak menepati syarat ditetapkan kerajaan negeri - gambar hiasan

“Susulan kelulusan, perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional dan pemaju berkenaan telah ditandatangani pada 5 April 2022. 

“Ia selepas mengambil kira syarat bahawa syarikat berkenaan perlu melaksanakan secara penuh Kajian Environmental Impact Assessment (EIA), Kajian Social Impact Assessment (SIA), dan Kajian Traffic Impact Assessment (TIA) sebelum perjanjian itu diaktifkan,” katanya. 

Tegas beliau, kerajaan negeri mewajibkan semua pembangunan di Selangor mencapai keseimbangan antara kemampanan, kemajuan ekonomi negeri, serta tidak membawa kemudaratan kepada rakyat. 

“Berkait dengan laporan penilaian impak yang dikemukakan terutamanya dari segi laporan impak sosial, pentadbiran ini tidak berpuas hati kerana ia tidak menepati syarat ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.  

“Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk meneruskan cadangan ini dan memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan lebuhraya PJD-Link,” katanya. 

Menurut perancangan, PJD Link sepatutnya melibatkan pembinaan laluan berkembar sepanjang 25.4 kilometer meliputi Petaling Jaya, termasuk Jalan Penchala dan Jalan Utara. - Getaran, 31 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran