web statsweb stats

Berita Terkini

10 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ringankan Beban Rakyat, Pasar Raya Sahut Seruan Adakan Jualan Rahmah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 9:10AM

Sebahagian pengunjung yang hadir membeli pelbagai barangan pada Jualan Rahmah di Dungun baru-baru ini - gambar BERNAMA.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH -- Pengurusan sebuah pasar raya di bandar ini melaksanakan Jualan Rahmah baru-baru ini kerana yakin ia tidak akan merugikan peniaga sekali gus menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama meringankan beban rakyat.

Pengurus Pasar Raya Pantai Timur Cawangan Jertih Lee Soon Chew berkata perkara itu terbukti apabila pasar raya itu mendapat sambutan hebat dan mencatatkan kenaikan jualan 30 peratus sepanjang pelaksanaan Jualan Rahmah tersebut.

Lee berkata jumlah pelanggan yang berbelanja di pasar raya tersebut mencecah hingga 5,000 orang dalam tempoh dua hari jualan itu yang diilhamkan daripada inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Sebanyak 77 jenis barangan keperluan harian terutama barangan dapur dijual pada harga lebih rendah dengan diskaun antara 20 dan 26 peratus.

“Sambutan yang diberikan masyarakat memang menggalakkan berbanding hari biasa yang kebelakangan ini menyaksikan jumlah pelanggan berbelanja menyusut agak ketara,” katanya kepada Bernama.

Lee berkata lagi, Pasar Raya Pantai Timur juga sangat berbesar hati kerana dapat menyahut seruan kerajaan terutama bagi meringankan beban golongan B40 sekali gus membantu menjimatkan perbelanjaan harian mereka.

Beliau berkata pihaknya bersedia untuk menganjurkan lagi Jualan Rahmah tersebut dan berharap kerajaan akan sama-sama membantu memperkasakan lagi sektor peruncitan.

Pelanggan pasar raya, Hasmida Roslan, 27, dari Kampung Gerai di sini berharap Jualan Rahmah dapat diadakan lebih kerap bagi memberi peluang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk berbelanja dengan lebih penjimatan.

“Jualan Rahmah sangat membantu pengguna yang kurang berkemampuan. Bila ada inisiatif seperti ini, mereka dapat berjimat dan lebihan wang dapat disimpan atau digunakan untuk keperluan lain," kata suri rumah itu.

Jualan Rahmah merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Payung Rahmah yang dilaksanakan KPDN bagi membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berkaitan peningkatan kos sara hidup ketika ini. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam