web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjual Kasut Terpakai Lepas, Bebas Daripada Pertuduhan Samun Bersenjata

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 8:26AM

Panel tiga hakim memutuskan terdapat merit dalam rayuan Nur Mohd Rusydi - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Seorang penjual kasut terpakai dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini daripada pertuduhan melakukan samun berkumpulan di sebuah premis perniagaan  dobi layan diri pada 2017.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim  Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk M. Gunalan dan Datuk S.M. Komathy Suppiah membenarkan rayuan Nur Mohd Rusydi Abdul Raman pada Selasa (25 Julai) untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas perayu.

Vazeer berkata terdapat merit dalam rayuan Nur Mohd Rusydi.

Beliau berkata semasa memikirkan fakta dan keadaan kes, sabitan Nur Mohd Rusydi berdasarkan pengecaman di dalam mahkamah, adalah tidak selamat.  

Beliau berkata Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi terkilaf ketika mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Pada 3 Jan 2020, Mahkamah Sesyen mendapati Nur Mohd Rusydi bersalah terhadap pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun penjara dan dua sebatan.

Dia kemudian merayu di Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya tetapi rayuannya ditolak pada Mei 2021.

Nur Muhd Rusydi, 31 dituduh melakukan samun dengan sebilah parang dan merompak gelang tangan dan rantai emas serta wang tunai RM1,500 daripada Badariyah Baharuddin di sebuah premis dobi layan diri 24 jam di Taman Sri Gombak pada pukul 11.32 malam, 1 Sept 2017.

Sementara itu, individu lain Mohd Adib Yoosna yang dituduh secara berasingan tetapi dibicarakan bersama-sama Nur Mohd Rusydi didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di atas kesalahan sama dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan. Dia tidak merayu terhadap hukuman itu. 

Berita mengenai rompakan itu tular di halaman Facebook "Info Roadblock JPJ/Polis," "Tanjong Karang," dan "Vat 69-Perjuangan" pada 2017.

Nur Mohd Rusydi diwakili Peguam  Izleen Ismail dan Jeffrey John daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan sementara Timbalan Pendakwa Raya  P. Sarulatha mewakili pihak pendakwaan. -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek