web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terlepas Tali Gantung, Pasangan Kekasih Bunuh Bayi Dipenjara 30 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 8:26PM

Kedua-dua tertuduh terlepas daripada tali gantung dan dipenjara 30 tahun - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  --  Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung atas kesalahan membunuh bayi perempuan mereka yang baru dilahirkan pada 2017 selepas Mahkamah Rayuan hari ini buat julung kalinya melaksanakan pindaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang diluluskan April lepas.

Fikri Hakim Kamaruddin, 27, dan Nurul Filzatun Sahirah Abdul Aziz, 28, sebaliknya dijatuhi hukuman penjara 30 tahun. Mahkamah turut memerintahkan Fikri dikenakan sebatan 12 kali.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera berkata ketika Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman ke atas perayu pada 2021, hukuman bagi kesalahan membunuh adalah mati mandatori.

Hakim Vazeer berkata berikutan pindaan undang-undang itu, hukuman mati mandatori telah dimansuhkan dan mahkamah diberi pilihan atau budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan bagi pesalah lelaki.

“Selepas mempertimbangkan mitigasi dan fakta kes, kami menggunakan budi bicara kami untuk menggantikan kepada hukuman penjara selama 30 tahun ke atas kedua-dua perayu (Fikri dan Nurul Filzatun) dari tarikh tangkapan,” katanya sambil menambah Fikri juga akan dikenakan 12 sebatan rotan. 

Panel itu turut dianggotai dua lagi hakim iaitu Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Wong Kian Kheong.

Ia merupakan kes pembunuhan pertama yang didengar oleh Mahkamah Rayuan selepas pindaan undang-undang itu pada April lepas.

Ini ialah kes pembunuhan pertama didengar Mahkamah Rayuan selepas pindaan undang-undang hukuman mati  pada April - gambar hiasan
Ini ialah kes pembunuhan pertama didengar Mahkamah Rayuan selepas pindaan undang-undang hukuman mati pada April - gambar hiasan

Ketika menolak rayuan mereka terhadap sabitan, Hakim Vazeer berkata selepas menimbangkan keterangan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat niat bersama oleh kedua-dua perayu untuk melakukan kesalahan itu. 

Beliau juga berkata tiada percanggahan dalam keterangan yang diberikan oleh jururawat dan doktor dalam perbicaraan itu.

Fikri dan Nurul Filzatun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, Johor Bahru pada 31 Okt 2021 kerana membunuh bayi perempuan mereka di sebuah rumah di Taman Bandar Penawar Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor Bahru antara 10.50 malam pada 12 Dis 2017 dan 10.41 pagi keesokan harinya.

Berdasarkan fakta kes, Nurul Filzatun telah melahirkan bayi itu di sebuah rumah dan telah dibawa ke wad kecemasan Hospital Kota Tinggi selepas mengalami pendarahan selepas bersalin.

Dia memaklumkan kepada seorang jururawat di wad kecemasan bahawa dia telah melahirkan bayi tetapi bayi itu telah diambil oleh teman lelakinya.

Pada 5 Dis 2017, Fikri memberitahu seorang pegawai polis bahawa bayi itu telah dikebumikan dan dia kemudian membawa pasukan polis ke kawasan hutan di Kampung Panti Kota Tinggi lokasi di mana bayi itu dikebumikan.

Pasukan itu kemudian menggali dan menemukan mayat bayi itu. 

Hasil bedah siasat mendapati bayi seberat 1.8kg itu masih hidup ketika dilahirkan dan punca kematian disebabkan lemas. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad