web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Pembinaan Lebuhraya Seremban-Jempol Dibentang Dalam Kajian Separuh Penggal RMK-12

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 8:12PM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEMPOL -- Cadangan pembinaan Lebuh raya Seremban-Jempol akan dibentangkan pada kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) pada bulan hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan meneliti keadaan ekonomi semasa sebelum sebarang keputusan berkaitan projek berkenaan dilakukan. Insya-Allah dalam masa setahun, jika ekonomi kita meningkat, kita akan bina lebuh raya MADANI, Lebuh raya Seremban-Jempol ini,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika merasmikan Karnival Segalanya Felda Peringkat Felda Wilayah Raja Alias di Dataran Seri Jempol di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para guru ketika hadir pada Majlis Apresiasi Guru-Guru Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para guru ketika hadir pada Majlis Apresiasi Guru-Guru Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban - gambar BERNAMA

Anwar dalam ucapannya turut mengumumkan sumbangan RM1 juta oleh kerajaan bagi cadangan pembinaan Kompleks Komuniti Setempat di Felda Serting Hilir, di sini.

“Kompleks ini nanti akan menempatkan pusat hemodialisis, pusat sukan, perpustakaan, kemudahan penginapan serta dewan makan.

Kemudahan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 157 pesakit daripada dalam kalangan warga Felda di sini dan juga kepada pesakit-pesakit lain yang berdekatan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM550,000 setiap tahun bagi penyelenggaraan 2,678 lampu jalan yang terdapat di Felda Wilayah Raja Alias.

Gugusan Felda Wilayah Raja Alias menempatkan 16,432 orang peneroka di 49 buah rancangan. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

4

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar