web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia, Filipina Bakal Meterai MoU Pada Mesyuarat Oktober

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 8:12PM

Anwar Ibrahim bersalaman dengan Ferdinand Marcos Jr ketika sidang media di Bangunan Perdana Putra - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  -- Mesyuarat Suruhanjaya Bersama antara Malaysia dan Filipina yang dijadual berlangsung di sini pada Oktober, dijangka menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

“Kita (Malaysia dan Filipina) mempunyai MoU tertunggak yang mana kedua-dua kita telah bersetuju untuk mempercepatkan prosesnya dan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya dan diharap dapat ditandatangani semasa mesyuarat suruhanjaya itu,” katanya pada sidang media bersama dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, di sini, hari ini.

Semasa perbincangan beliau bersama Presiden Marcos sebelumnya, Anwar berkata kedua-dua negara telah membincangkan perkara berkaitan isu dua hala dalam pelaburan dan perdagangan yang mencatatkan sedikit peningkatan, namun mempunyai potensi yang besar yang perlu diterokai oleh kedua-dua pihak.

“Kedua-dua komuniti perniagaan (Malaysia dan Filipina) perlu lebih banyak berinteraksi antara satu sama lain dan mengambil langkah bersama-sama untuk meningkatkan hubungan dua hala serta ekonomi dan perdagangan, dan pada masa yang sama membantu memulihkan ekonomi pasca pandemik.

"Kami juga menyentuh mengenai potensi industri halal, bagi kedua-dua negara. Kami sudah pastinya akan melakukan yang terbaik dari segi isu atau pensijilan. Tetapi saya fikir kita perlu bersama-sama mengambil langkah yang efektif untuk memastikan industri halal boleh menembusi dengan lebih berkesan lagi ke Pasaran Timur Tengah khususnya," katanya.

Anwar Ibrahim menyaksikan Ferdinand Marcos Jr menandatangani buku pelawat - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim menyaksikan Ferdinand Marcos Jr menandatangani buku pelawat - gambar BERNAMA

Sementara itu, Marcos berkata mesyuarat suruhanjaya bersama itu akan menjadi saluran untuk kedua-dua agensi kerajaan membincangkan kerjasama keutamaan secara terperinci, terutamanya berkaitan jenayah rentas negara, pertanian, industri Halal, perbankan Islam, pendidikan, pelancongan, dan kebudayaan, sukan dan ekonomi digital.

"Kami terus mengusahakan MoU yang sepadan dalam bidang pergantungan dan kami akan memeterainya dalam masa terdekat. Berdasarkan kepada hubungan dua hala kita, kerajaan kami komited untuk menyelaraskan usaha membangun kapasiti di wilayah autonomi Bangsamoro di Filipina Selatan di Mindanao Muslim, terutamanya dalam sektor seperti industri halal, perbankan Islam dan jaminan makanan,” katanya.

Marcos berkata Malaysia juga menawarkan kepakarannya untuk melatih kakitangan dan pegawai Filipina bagi memantapkan lagi keupayaan mereka dalam sektor yang semakin penting ini.

"Kami juga bersetuju untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain, dengan Malaysia sebagai salah satu daripada peneraju utama industri halal di dunia. Kerjasama dalam sektor ini akan memberi manfaat bersama kepada pertumbuhan ekosistem masing-masing," katanya. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar