web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Presiden Filipina Mulakan Lawatan Ke Malaysia Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 3:45PM

Anwar Ibrahim bersalaman dengan Ferdinand R Marcos Jr ketika beliau melawat Filipina Mac lalu - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. memulakan Lawatan Negara ke Malaysia mulai Selasa hingga 27 Julai.

Kunjungan itu merupakan lawatan sulung beliau ke negara ini.

Marcos akan diberikan sambutan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu.

“Presiden Marcos Jr. akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, diikuti Majlis Santapan Negara bagi meraikan presiden serta delegasinya,” menurut kenyataan Kementerian Luar. 

Marcos diiringi isteri Louise Araneta-Marcos dan delegasi yang terdiri Setiausaha Kabinet, ahli politik dan pegawai kanan kerajaan Filipina.

Menurut kenyataan itu, Marcos turut dijadual bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kedua-dua pemimpin dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Lawatan itu menggambarkan jalinan persahabatan dan hubungan rapat antara kedua-dua negara selaku jiran rapat dan rakan kongsi di ASEAN, termasuk menerusi pertukaran lawatan di peringkat tinggi seperti lawatan rasmi Anwar ke Manila pada Mac 2023.

Filipina merupakan rakan dagangan dunia ke-15 terbesar Malaysia dan kelima terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM41.45 bilion (AS$9.42 bilion), dengan peningkatan sebanyak 20.1 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad