web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Poster Itu Fitnah! Tak Takutkah Mereka Dengan Hari Akhirat? - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 8:00AM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menzahirkan rasa kesal apabila wujud segelintir individu yang masih tidak jemu menabur fitnah untuk menyemarakkan kemarahan rakyat.

Menerusi satu hantaran di Facebook lewat malam tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendedahkan kemunculan sebuah poster yang menuduh beliau menggunakan isu Good Vibes Festival 2023 (GVF2023) untuk menyebar naratif membenci PAS.

“Poster ini adalah fitnah! Saya telah arah pejabat untuk buat laporan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Di hari kita semua bersedih kehilangan seorang rakan seperjuangan yang baik, ada yang masih sempat dan tak takut melakukan fitnah,” katanya, berang.

Menerusi hantaran sama, Fahmi turut berkongsi kronologi GVF2023 dan kumpulan 1975.

Kerajaan tidak pernah menggunakan isu GVF2023 untuk menyebar fahaman membenci PAS - gambar Facebook
Kerajaan tidak pernah menggunakan isu GVF2023 untuk menyebar fahaman membenci PAS - gambar Facebook

“Ini kronologi kes Good Vibes Festival dan band The 1975. Pertama, Penganjur Good Vibes Festival telah memohon kebenaran dari PUSPAL (agensi di bawah KKD) untuk anjurkan konsert ini

"Pada 23 Jun 2023, Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) telah menolak permohonan penganjur untuk membawa masuk The 1975 atas rekod buruk kumpulan ini di negara lain,” katanya.

Tegas beliau, penganjur seterusnya pada 16 Julai telah membuat rayuan dan jaminan bertulis daripada pengurus kumpulan, bagi menyatakan kesediaan untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas persembahan kumpulan ini.

“PUSPAL telah menerima rayuan berdasarkan jaminan tersebut dan pada 21 Julai jam 11 malam, kumpulan 1975 telah berkelakuan sangat biadab di pentas persembahan.

“Pada 22 Julai jam 3 pagi (selang empat jam), saya membuat hantaran di Twitter mengecam keras tindakan ini dan memanggil penganjur untuk berjumpa saya pagi berikutnya,” katanya.

Fahmi memberitahu, penganjur akhirhya pada jam 10 pagi 22 Julai hadir di pertemuan berkenaan mengaku akan mengambil tanggungjawab penuh.

“Tamat mesyuarat, jam 1 petang saya keluarkan kenyataan dan minta penganjur batalkan baki konsert dan cari mekanisme bayaran balik (refund) pada pembeli tiket.

“Bagaimana pereka poster ini boleh dengan tidak ada rasa takut akan undang-undang atau akhirat, membuat fitnah secara terbuka seperti ini. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari fitnah dan para pemfitnah ini,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR pada 22 Julai lalu membatalkan serta merta penganjuran GVF2023 susulan provokasi dilakukan penyanyi 1975, Matt Healy.

Ciapan Fahmi mengenai pembatalan GVF2023 - gambar Facebook
Ciapan Fahmi mengenai pembatalan GVF2023 - gambar Facebook

Tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

“Pendirian Kerajaan Perpaduan amat tegas dalam hal ini,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad