web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negara Kehilangan Tokoh Yang Berdedikasi Perjuang Nasib Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 12:29PM

Anwar Ibrahim sugul ketika menziarahi jenazah Salahuddin Ayub - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai seorang yang konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.

Anwar berkata Allahyarham amat dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan sentiasa bersemangat untuk meringankan beban rakyat menerusi konsep Rahmah yang diperkenalkan kerajaan.

“..dan tentulah kehilangannya yang saya kira bukan sahaja sahabat, tapi juga sebahagian daripada negara (turut merasai), kerana Allahyarham Salahuddin sinonim dengan Rahmah.

“Itu menunjukkan sifat dia (Allahyarham) yang konsisten dalam mesyuarat-mesyuarat, perjumpaan dengan saya, perjumpaan dengan jemaah menteri, cari jalan dan kaedah untuk ringan beban rakyat.

“Negara kehilangan seorang tokoh dan saya harap semangat dan dedikasi beliau menjadi teladan terutama sifat penyayang dan rahmah yang beliau tonjolkan dan dedikasikan sehingga akhir hayat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengimamkan solat jenazah dan menziarahi jenazah Allahyarham, di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot di Serkat di sini hari ini.

Perdana Menteri juga mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan solihin.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada keluarga Allahyarham.

Terdahulu, Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu meninggalkan isteri, Datin Seri Fatimah Taha dan enam anak terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat di sini. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad