web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Salahuddin Sosok Penting Penubuhan AMANAH Di Johor - Aminolhuda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 8:14AM

Aminolhuda Hassan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN -- Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub antara sosok penting yang berperanan kepada penubuhan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bermula di Johor, kata Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan.

Mengimbas kenangan bersama Timbalan Presiden AMANAH itu, beliau berkata mereka berdua sebelum itu telah bersama membawa dan membina perjuangan Islam di bumi Johor seawal 1983. 

“Terlalu banyak saat gembira dan duka kita hadapi bersama untuk memperkenalkan PAS dalam masyarakat Melayu UMNO di Bumi kelahiran UMNO.

“Tetapi akhirnya kita bersama-sama keluar meninggalkan PAS lalu menubuhkan Parti Amanah Negara bermula di Markas PAS Bakri dan Delegasi di Hotel Trader Muar pada tahun 2015,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang menyifatkan Salahuddin sebagai pemimpin yang menyerlah bakat kepimpinannya berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), anak kelahiran Tanjung Piai itu diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan.

“Selepas PRU15 buat kali kedua, dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang memikul tanggungjawab sangat besar kerana kementerian ini menjaga keperluan barang-barang asas untuk kehidupan rakyat khasnya B40.

“Salahuddin telah berusaha dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh melihat, meninjau dan menyelidik ke seluruh negara untuk memastikan barang-barang keperluan ini dapat dirasai oleh rakyat dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Memanggil Allahyarham dengan nama mesra "Din", Aminolhuda yakin ramai daripada kalangan rakyat mendoakan pemergian Ahli Parlimen Pulai itu dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

“Semoga roh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dicucuri rahmat dan maghfirah oleh Allah SWT, diterima pengakhirannya sebagai Husnul Khatimah, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan Solehin,” katanya.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

2

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad