web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Murid Perempuan Cedera Kepala Ditimpa Tangki Pam Tandas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 10:33PM

Pemeriksaan X-ray mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius selepas ditimpa tangki pam tandas yang tercabut - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH  -- Seorang murid perempuan Tahun Tiga cedera selepas ditimpa tangki pam tandas yang tercabut lalu terjatuh dalam kejadian di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan, Taman Perpaduan di sini, pada Selasa lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, berkata dalam kejadian itu, tangki seramik berkenaan terjatuh dan terkena kepala murid sesi petang tersebut ketika mengepam tandas selepas menggunakannya.

"Murid itu memaklumkan kejadian menimpanya kepada guru dan tindakan awal telah diambil pihak sekolah dengan menghantarkan dia kepada ibunya sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

"Pemeriksaan X-ray mendapati tiada sebarang kecederaan serius pada murid itu dan boleh dibawa balik ke rumah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup program ‘Rising Together’ anjuran bersama UKM-GSB dan Felcra Berhad, di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, pihak sekolah diminta membuat pemantauan secara berkala berhubung penggunaan tandas dengan memastikan kemudahan itu sentiasa dalam keadaan baik bagi mengelakkan kejadian itu berulang.

Dalam pada itu, Khairudin, berkata sebanyak 700 buah sekolah menengah dan rendah di Perak akan menerima peruntukan bagi kerja-kerja menaik taraf tandas seperti diumumkan Kementerian Pendidikan, Julai lalu.

"Kerja-kerja naik taraf itu telah pun diselaraskan Jabatan Pendidikan negeri dan ia perlu dilaksanakan sehingga Oktober ini mengikut piawaian yang ditetapkan demi memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar menggunakannya,” katanya.

Pada 11 Julai lepas, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengumumkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan kerja penyelenggaraan tandas. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar