web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nahas Babit Kereta Peronda Polis Kes Lama - OCPD

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 9:46AM

Nahas melibatkan kereta peronda pDRM itu berlaku pada 2019 - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH  -- Video kemalangan membabitkan dua kenderaan dan sebuah kereta peronda polis di laman Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Hari Ini’ adalah visual lama yang ditularkan kembali.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata kes itu sudah selesai dan mahkamah telah menjatuhi hukuman ke atas pesalah empat tahun lepas.

“Kita mengesan satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama 'Jack' dalam laman sosial Facebook pada kira-kira 3 petang tadi. Hasil siasatan mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan dan sebuah kereta peronda polis berlaku pada 21 Jun 2019,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku di lampu isyarat di Jalan Mempisang, Seri Manjung ketika kereta peronda polis yang membawa seorang tahanan lelaki dari arah Hospital Seri Manjung ke Balai Polis Sitiawan telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang menghala ke Kampung Cina.

"Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga yang tidak sempat menekan brek telah melanggar belakang kereta peronda polis berkenaan," katanya sambil menambah susulan siasatan yang dijalankan, Timbalan Pendakwa Raya telah mengarahkan agar pemandu Honda Civic didakwa kerana tidak memberi keutamaan lalu lintas kepada kenderaan polis, bomba dan ambulans yang sedang bergerak dalam kecemasan.

Justeru, Mohamed Norden mengingatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dulu kesahihan dan kebenaran sesuatu berita sebelum membuat perkongsian di mana-mana platform di sosial media serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh membimbangkan masyarakat. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

3

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad