web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maal Hijrah 2023: Keamanan, Kemakmuran, Harus Dipertahankan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 8:52AM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keamanan dan kemakmuran dimiliki negara harus dipertahankan, khususnya daripada anasir perkauman yang boleh memecah belah perpaduan terjalin sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keamanan dan kestabilan adalah maqasid utama agar kebajikan rakyat terus terbela.

Menurut beliau, sejarah penghijrahan Rasulullah SAW sehingga membawa kepada terbentuknya kota suci Madinah adalah garis panduan yang harus dicontohi.

“Baginda meletakkan asas tatacara dan tatakelola sistem pemerintahan Islam.

“Baginda mendahuluinya dengan pengajaran dan kefahaman mengenai soal akhlak, nilai dan prinsip,” katanya menerusi Perutusan Maal Hijrah 2023 lewat malam tadi.

Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah ialah garis panduan yang perlu dicontohi - gambar hiasan
Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah ialah garis panduan yang perlu dicontohi - gambar hiasan

Perdana Menteri berkata, didikan kerohanian itu membawa kepada terbitnya dasar kenegaraan yang mencerminkan sikap rahmah dan adil buat semua.

“Penghijrahan Rasulullah membenam faham perkauman. Pakatan kaum Muhajirin bersama Ansar, dan sebelumnya bersama Raja Ashamah, pemerintah negeri Habsyah mencerminkan semangat kerjasama dalam perkara makruf.

“Kota Madinah dilatari kepelbagaian agama, budaya dan bangsa kemudiannya didirikan atas nama umat yang satu,” katanya.

Anwar menarik perhatian, hijrah Rasulullah dan barisan sahabat itu menjadi ibrah yang segar sepanjang zaman.

Tegasnya, sebarang usaha untuk mencetuskan huru hara ke atas Malaysia yang berperlembagaan dan berdaulat tidak akan dibiarkan sama sekali.

Maal Hijrah 2023 membawa tema Perpaduan Teras Malaysia Madani - gambar Facebook
Maal Hijrah 2023 membawa tema Perpaduan Teras Malaysia Madani - gambar Facebook

“Justeru, menjelang sambutan Hijrah 1445 ini, marilah kita bertekad untuk melakukan hijrah yang hakiki.

“Berhijrah dari kemungkaran kepada kebaikan, dari kebejatan rasuah kepada amanah, dari ketaksuban kepada minda yang merdeka, dan dari perkauman sempit kepada taayush silmi (hidup bermuafakat).

“Selamat menyambut Tahun Baru hijrah buat seluruh umat Islam di Malaysia,” katanya.

Maal Hijrah disambut hari ini, dengan bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’.

Beberapa negeri memulakan sambutan dengan bacaan doa akhir dan awal tahun, solat hajat, bacaan Yasin serta doa selamat. - Getaran, 19 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar