web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bunuh, Abai Anak: Ibu, Teman Lelaki Didakwa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 2:02PM

Mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk sebutan semula kes - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA  -- Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini atas pertuduhan membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun.

Muhammad Firman Hakimie Abdul Rahman, 25, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Muhammd Haziq Damiri Najli di sebuah rumah di Taman Paya Emas, Cheng dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 5.30 pagi hingga 6.30 pagi pada 6 Julai lepas.

Tertuduh yang bekerja membaiki mesin pencetak itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Tiada pengakuan direkodkan kerana dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan, di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hasan.

Sementara itu ibu kanak-kanak berkenaan, Nurasyiqin Syaqiqah A. Ramlee, 24, juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Dia didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu ibu kandung kepada kanak-kanak itu telah melakukan pengabaian atau mendedahkan anaknya dengan cara yang mungkin akan membenarkannya dianiaya dengan menyerahkan mangsa kepada Muhammad Firman.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di tempat, tarikh dan masa sama. Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari tidak menawarkan jaminan manakala tertuduh yang diwakili peguam Umar Zulkarnain memohon jaminan memandangkan anak guamnya menjaga ibunya yang sakit dan serta bersetuju dengan apa-apa syarat tambahan yang dikenakan.

Hakim Darmafikri Abu Adam menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta beberapa syarat tambahan termasuk melapor diri setiap bulan di balai polis serta tidak mengganggu saksi pendakwaan selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar