web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas OKU Hilang Sejak Selasa Ditemui Selamat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 9:00AM

Syed Mohd Hiruddin Syed Mahmood ditemui dalam keadaan lemah, petang kelmarin - gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -- Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas ditemukan selamat di sebuah kebun getah di pekan Karai dekat Kuala Kangsar, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Mohd Jamaluddin Mat Yusof berkata Syed Mohd Hiruddin Syed Mahmood, 65, dijumpai dalam keadaan lemah pada 4.20 petang oleh orang awam dan dibawa keluar dari kebun getah itu oleh pasukan bomba. 

Beliau berkata warga emas itu dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Enggor, Kuala Kangsar kira-kira 1 tengah hari Selasa dengan berjalan kaki seorang diri.

"Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima laporan berkaitan orang hilang semalam. Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan," katanya ketika dihubungi BERNAMA. 

Sebelum ini, kehilangan Syed Mohd Hiruddin disedari anaknya apabila mendapati bapanya yang merupakan OKU pendengaran dan pertuturan itu tidak pulang ke rumah dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Karai. 

Syed Mohd Hiruddin yang memakai kemeja-T dan berkain pelekat dikatakan kali terakhir dilihat berjalan kaki di hadapan Sekolah Kebangsaan Karai kira-kira 7 malam, Selasa lepas.

Gerakan mencari warga emas itu dilakukan orang kampung sejauh 10 kilometer dan dia juga dikatakan kali terakhir dilihat di Kampung Loh, Kampung Intan Suraya dan jalan keluar pekan Karai.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 6 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad