Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lelaki Misteri Di Sebalik Sumbangan Sinovac Tampil Bela Diri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 1:47PM

Yong Chee Kong tampil mempertahankan dirinya daripada tohmahan selepas digelar ‘scammer’ vaksin COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Lelaki yang menjadi bualan ramai kerana digelar ‘scammer’ vaksin COVID-19 oleh Menteri penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin telah tampil mempertahankan dirinya dari tohmahan tersebut.

Lelaki yang bernama Yong Chee Kong itu, berkata dakwaan bahawa tawarannya untuk menderma dua juta dos vaksin Sinovac kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah niat baik majikannya yang berpengkalan di Hong Kong.

“Saya terkilan. Bos saya pula sangat berang dengan kekecohan yang tercetus daripada kontroversi ini. Tapi saya tak risau sebab saya tak menipu,” kata Chee Kong yang berasal dari Tawau, Sabah.

Khairy pada awal minggu ini membidas kritikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang mempersoalkan tindakan Kerajaan Persekutuan yang tidak mengendahkan tawaran dari Chee Kong itu.

Tambah Chee Kong, pada mulanya majikan beliau mahu menderma vaksin tersebut pada Kerajaan Negeri Sabah namun, tawaran itu ditolak disebabkan pada masa itu vaksin Sinovac masih belum diluluskan penggunaannya di Malaysia.

“Selepas itu, kami membuat keputusan untuk berunding dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Sebenarnya, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam satu surat yang bertarikh 1 Februari, 2021.

“Saya tak faham kenapa ia menjadi satu isu yang besar sekarang ini?” soal Chee Kong yang berkerja dengan Sarikat Xingtai Enterprise Development.

Sebenarnya, tambah Chee Kong, dia dan majikannya tidak kisah dengan penolakan derma vaksin tersebut kerana mereka boleh berunding untuk menghulurkan bantuan itu kepada negara-negara lain.

“Kami tidak mahu memberi bantuan berbentuk kewangan kerana kami tidak mahu duit itu disalahgunakan. Ia lebih mudah jika syarikat kami membeli sendiri vaksin Sinovac tersebut,” jelas Chee Kong.

Bagaimanapun, dia mendakwa syarikatnya perlu mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dahulu sebelum sebarang pembelian vaksin Sinovac boleh dilakukan.

“Saya telah menghubungi pengeluar vaksin Sinovac – Sinovac Biotech – dan berunding dengan Ketua Jualan Antarabangsa syarikat itu, Coco Chang, sebanyak dua kali.

“Kesemua perbualan kami melalui emel telah saya hantar kepada Kementerian Kesihatan namun ia tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Namun hanya semalam, barulah saya menerima satu panggilan daripada seorang pegawai khas Khairy dan dia menasihati saya berkenaan dengan beberapa perkara termasuk penyaluran dana terus kepada kementerian.

“Kami hanya mahu menderma. Saya tak faham kenapa ahli politik perlu menyukarkan keadaan?” soal Chee Kong – Getaran, 21 Mei, 2021.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 13 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029