web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Jadi Keldai Akaun Kepada Along Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 11:00AM

Lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki dipercayai keldai akaun kepada sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along membabitkan pinjaman sebanyak  RM2,676,000, pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu merupakan pemilik akaun yang digunakan oleh sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen untuk urusan pinjaman tersebut, dia bukan along cuma keldai akaun kepada sindiket tersebut.

"Polis berjaya mengesan suspek itu selepas seorang lelaki membuat laporan polis telah menerima ugutan daripada sindiket along tersebut selepas mangsa gagal membuat bayaran balik pinjamannya dengan sindiket berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa telah meminjam sebanyak RM2,676,000 sejak 30 Dis 2021 hingga 19 Julai 2022 dan telah membuat bayaran balik pinjaman sebanyak RM1,608,000 ke sembilan akaun bank berlainan secara berperingkat.

Bagaimanapun, peminjam terbabit gagal membayar balik pinjaman tersebut sejak tahun lepas dan berikutan itu, mangsa telah menerima pelbagai ugutan daripada sindiket along tersebut sebelum membuat laporan polis.

Kamarul Rizal berkata susulan penahanan lelaki itu, polis giat mengesan rangkaian sindiket along tersebut untuk siasatan lanjut.

"Lelaki yang ditahan itu direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Kamarul Rizal berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berumur 34 tahun sebelum merampas 160 bungkusan plastik mengandungi air ketum bernilai RM1,600 di Jalan Sungai Pinang, pada Jumaat.

Beliau berkata hasil maklumat dan risikan dijalankan, polis mengekori sebuah kereta di Jalan Sungai Pinang sebelum menahan kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu dan pemeriksaan menemukan 160 bungkusan atau 12,000 liter air ketum.

"Lelaki dan wanita tempatan itu dipercayai menjalankan kegiatan menjual air ketum di sekitar daerah Barat Daya sejak beberapa minggu lepas dah mereka kini direman untuk siasatan lanjut," katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad