web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOT Mohon RM10 Juta Untuk Program MyLesen B2 Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 3:33PM

Anthony Loke berkata peruntukan itu mampu memberi manfaat kepada lebih 30,000 orang menerusi program MyLesen B2, iaitu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memohon peruntukan RM10 juta untuk memperluaskan program MyLesen B2 supaya lebih ramai golongan B40 dapat memiliki lesen motosikal.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata peruntukan itu mampu memberi manfaat kepada lebih 30,000 orang menerusi program MyLesen B2, iaitu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal).

Kerajaan sebelum ini telah melancarkan program berkenaan melalui MOT menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan peruntukan sebanyak RM2.7 juta di bawah Belanjawan MADANI 2023 yang memberi manfaat kepada 9,000 calon golongan B40 seluruh negara.

"Ia (peruntukan RM10 juta) itu supaya lebih ramai golongan B40 dapat memiliki lesen motosikal secara percuma.

“Inisiatif ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk mendidik masyarakat akan kesedaran terhadap pematuhan peraturan-peraturan jalan raya dan pembudayaan keselamatan jalan raya dalam kalangan belia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas hadir pada penyerahan lesen memandu di bawah Program MyLesen B2 peringkat Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di Pusat Latihan Memandu Balik Pulau.

Pada majlis itu, sebanyak 293 pelajar daripada 12 buah sekolah di daerah Barat Daya yang terdiri daripada kumpulan B40 menerima lesen memandu kelas B2.

Loke berkata program MyLesen B2 itu juga merupakan komitmen dan usaha cakna Kerajaan Perpaduan untuk membantu golongan B40 mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah, selain  melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Katanya, kerajaan berharap inisiatif itu dapat membantu golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2 dan melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten serta selamat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad