web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Gagal Lucut Wang Tunai RM114 Juta Didakwa Milik UMNO, Najib

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 1:59PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta, yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak wang yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata pemohon gagal membuktikan wang berjumlah RM114,164,393.44 yang disita adalah hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, status quo wang berjumlah RM114,164,393.44 tidak diputuskan apabila hakim itu tidak mengeluarkan sebarang perintah sama ada wang berkenaan, yang kini berada dalam simpanan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu dikembalikan kepada pemilik asal. 

UMNO dan Najib merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu. Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai berjumlah  RM114,164,393.44.

Barangan dan wang  yang didakwa hasil aktiviti haram yang dikaitkan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dalam keputusannya, Muhammad Jamil berkata pegawai penyiasat kes pengubahan wang haram iaitu ACP D Rajagopal gagal menunjukkan wang yang disita adalah harta curi atau hasil daripada pecah amanah atau penipuan.

“ACP Rajagopal gagal mendedahkan dan mengenal pasti siapa yang telah diamanahkan dengan wang 1MDB, siapa yang mempunyai penguasaan dominan ke atas wang itu dan menyalahgunakan dana itu selain gagal menjelaskan Najib adalah ejen 1MDB,” katanya.

Beliau berkata mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan kaitan antara wang dalam akaun Ambank milik Najib dengan wang yang disita.

Muhammad Jamil berkata hujahan pendakwaan bahawa Datuk Seri Mohamed Nazir Tun Razak telah menunaikan cek yang dikeluarkan daripada akaun Najib dan mengembalikan RM20 juta kepada Najib sendiri adalah tidak benar.

“Tiada juga keterangan bahawa wang RM20 juta itu diterima oleh Najib adalah sebahagian daripada wang yang disita. Benar, wang yang disita ditemui di Pavilion Residences bersama-sama harta lain yang disita. Najib juga telah menjelaskan bahawa beliau memindahkan wang RM160 juta (jumlah sebenar) dari Seri Perdana ke Pavilion Residences.

“Atas imbangan kebarangkalian, pemohon gagal membuktikan wang yang disita dikaitkan dengan pengubahan wang haram atau hasil daripada aktiviti haram melibatkan pecah amanah jenayah dan kesalahan menerima harta curi. Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,” kata hakim itu.

Selepas Muhammad Jamil menyampaikan keputusan, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi kemudiannya bertanya “apa status duit berkenaan jika tiada perintah (kembalikan wang kepada UMNO, Najib). Kami perlu tahu?”

Bagaimanapun, hakim itu menjawab beliau tidak boleh mengarahkan wang yang disita dikembalikan berikutan tidak membuat sebarang perintah mengenai perkara berkenaan.

Muhammad Saifuddin: Wang tunai RM114 juta itu dalam simpanan BNM. Sekiranya tidak mendapat arahan daripada mahkamah, pihak kami perlu memulangkan wang itu kepada siapa? Kami juga memohon untuk penangguhan pelaksanaan keputusan hari ini sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun berkata duit berkenaan perlu diserahkan kepada anak guamnya berikutan mahkamah telah menolak permohonan pemohon.

Muhammad Jamil yang menolak permohonan pendakwaan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan hari ini, berkata: “Pada saya, dari mana wang itu disita, di tempat itulah ia dipulangkan”.

Sementara itu, Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan menyerahkan surat kepada pendakwa raya dalam tempoh 24 jam bermula hari ini supaya wang berjumlah RM114 juta dilepaskan kepada Najib dan UMNO.

“Apabila wang tersebut diserahkan, terpulang pada Datuk Seri Najib dan UMNO untuk mengambil bahagian masing-masing seperti mana yang dirampas di Pavilion Residences,” katanya.

Ketika ditanya adakah wang tersebut perlu diserahkan kepada pihak ketiga (Najib dan UMNO) meskipun semasa prosiding hakim tidak membuat sebarang perintah berkenaan serahan wang tersebut, Muhammad Shafee menjawab, “mereka (pendakwaan) perlu menyerahkan wang itu”. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad