web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kesihatan Abdul Hadi Merosot - Anak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 9:12AM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini  menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu berkata Abdul Hadi sememangnya dalam keadaan uzur, sewaktu hadir ke pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Terengganu di Marang pada 27 Jun lalu.

Beliau berkata walau bagaimanapun Ahli Parlimen Marang itu, tetap menggagahkan dirinya untuk hadir.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital Abdul Hadi dirawat, namun beliau sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menerima rawatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Calon BN, Hadi Awang Kekal Ahli Parlimen Marang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar