web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Maut Dihempap Mampatan Kertas Kitar Semula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 10:07PM

Dalam kejadian 7.45 petang itu, lelaki warga tempatan berusia 36 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas dihempap mampatan kertas kitar semula dianggarkan seberat 600 kilogram (kg). - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengarahkan sebuah kilang di Bukit Minyak di sini menghentikan kerja-kerja memunggah mampatan kertas kitar semula susulan seorang pemandu lori maut dihempap mampatan itu, Isnin lepas.

Pengarah jabatan berkenaan Hairozie Asri berkata dalam kejadian 7.45 petang itu, lelaki warga tempatan berusia 36 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas dihempap mampatan kertas kitar semula dianggarkan seberat 600 kilogram (kg).

"Berdasarkan siasatan awal mangsa adalah pemandu lori kontena syarikat subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja menghantar dan memunggah set kertas kitar semula menggunakan kontena yang diterima daripada pembekal ke kilang berkenaan.

"Ketika sampai di kilang itu mangsa membuka pintu kontena terlebih dahulu dan membuka lampu belakang lori, semasa membuka lampu lori mampatan kertas kitar semula berat kira-kira 600 kg jatuh sebelum menimpa lelaki itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, pihaknya mengeluarkan notis larangan bagi menghentikan kerja-kerja memunggah set kertas kitar semula di kilang tersebut serta-merta sehingga siasatan selesai.

Katanya JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

4 Maut, 1 Cedera Parah Nahas Di Gua Musang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Maut Nahas 4 Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad