web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dilantik Pengerusi Baharu: Ahmad Shabery Ikrar Akan Terus Perkukuh FELDA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 8:00PM

Ahmad Shabery Cheek - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pelantikan beliau ke jawatan itu yang memerlukannya membela dan memajukan warga peneroka, sebagai tanggungjawab serta amanah berat.

Beliau berkata, peranan itu juga menuntutnya mengangkat FELDA ke persada dunia yang seterusnya, akan memberi impak positif dalam pembinaan negara dan bangsa.

“Saya amat insaf, rendah diri dan berterima kasih di atas kepercayaan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk saya menerajui FELDA.

“Bagi saya, ia adalah satu tanggungjawab dan amanah berat untuk membela serta memajukan warga peneroka, mengangkat FELDA ke persada dunia, seterusnya akan memberi impak positif dalam pembinaan negara dan bangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Shabery berkata, tanggungjawab dan amanah itu, tidak mungkin dicapai tanpa dukungan kuat daripada kerajaan, warga FELDA dan semua pihak terbabit.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan terhadap mantan Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh atas segala jasa dan khidmatnya kepada agensi berkenaan.

Malah, beliau berkata, FELDA di bawah pimpinannya akan memperkukuh dan menambah baik legasi Idris, demi kepentingan warga Lembaga berkenaan keseluruhannya.

“Semoga Allah mempermudah dan memberkati usaha kita semua.

“Agar kami diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan amanah. Aamin,” katanya.

FELDA menerusi kenyataannya hari ini mengumumkan, Ahmad Shabery yang juga mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dilantik sebagai Pengerusi baharu agensi berkenaan, berkuat kuasa Sabtu ini.

Ahmad Shabery, 65, menggantikan Tan Sri Idris Jusoh yang bakal menamatkan perkhidmatan pada Jumaat ini.

Menerusi kenyataan itu, agensi terbabit berkata, pihaknya optimis bahawa pelantikan Ahmad Shabery akan dapat meneruskan kesinambungan usaha transformasi FELDA selama ini.

Sepanjang kariernya dalam politik dan kepimpinan, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2015 hingga 2018; Menteri Penerangan (Mac 2008 hingga awal April 2009) dan Menteri Belia dan Sukan.

Mantan Ahli Parlimen Kemaman ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya (UM); Ijazah Sarjana Sains Politik University of Leeds, United Kingdom (UK) dan Diploma Lanjutan bidang Perhubungan Antarabangsa Universiti Uppsala, Sweden.

Sementara itu, FELDA turut menzahirkan penghargaan kepada Idris yang sepanjang tiga tahun perkhidmatan, mengangkat FELDA kembali gemilang dengan pelbagai kejayaan dikecapi agensi terbabit serta warga peneroka. - Getaran, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Lori Elektrik Dengan GPS Inisiatif Baharu FELDA, Pastikan Hasil Diurus Lebih Baik - Ahmad Shabery

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Subsidi Diesel Perlu Dilaksana, Elak Salah Guna Golongan Maha Kaya, Warga Asing - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Umum Pendekatan Baharu Untuk Manfaat Warga FELDA - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 52 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam