web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


20 Julai Dengar Rayuan SPRM Berhubung SPRM Perlu Guna Akta Sendiri Reman Suspek

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 2:00PM

Mahkamah Rayuan menetapkan 20 Julai untuk mendengar rayuan SPRM terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang melarang SPRM menggunakan Kanun Tatacara Jenayah (CPC) untuk mereman suspek bagi tujuan siasatan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 20 Julai untuk mendengar rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang melarang SPRM menggunakan Kanun Tatacara Jenayah (CPC) untuk mereman suspek bagi tujuan siasatan.

Pesuruhjaya Kehakiman Temerloh Roslan Mat Nor dalam penghakimannya memutuskan SPRM mesti bergantung kepada aktanya sendiri dan tidak menggunakan CPC untuk mereman suspek dalam siasatannya.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu ketika dihubungi Bernama. 

Geethan Ram mewakili tiga daripada enam anggota polis yang SPRM memohon reman kerana didakwa meminta dan menerima rasuah RM5,000. 

Bagi tiga lagi anggota polis, peguam Revin Kumar Shasai Kumar, Lavanyia Raja dan Eu Kah Mun telah dilantik secara individu untuk mewakili mereka.

Tarikh itu ditetapkan selepas pengurusan kes rayuan itu didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli pada Isnin.

Hadir mewakili SPRM pada pengurusan kes itu Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar.

Dalam penghakiman penting itu, Roslan menyatakan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 memberikan suruhanjaya itu kuasa khusus yang perlu digunakan semasa menjalankan siasatan.

Beliau berkata pegawai SPRM boleh membuat tangkapan mengikut Seksyen 49(2) Akta SPRM dan boleh memohon perintah reman di bawah Seksyen 49(3) akta sama.

Roslan dalam menjalankan kuasa semakannya telah mengetepikan perintah reman yang dikeluarkan terhadap enam anggota polis itu termasuk seorang inspektor di bawah Seksyen 117 CPC. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad