web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laos, Malaysia Setuju Perkukuh Kerjasama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 5:07PM

Malaysia dan Laos akan terus bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain di peringkat serantau dan antarabangsa, terutama dalam rangka kerja ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

VIENTIANE - Kerajaan Laos dan Malaysia bersetuju meneruskan kerjasama dalam bidang yang berpotensi kukuh serta berkongsi pandangan mengenai situasi serantau dan antarabangsa yang pesat membangun untuk kepentingan bersama.

Mesyuarat dua hala antara Timbalan Perdana Menteri Laos yang juga Menteri Luar Saleumxay Kommasith dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berlangsung di Vientiane, ibu negara Laos, pada Isnin.

Kedua-dua menteri mengkaji semula kerjasama antara Laos dan Malaysia sejak jalinan hubungan diplomatik pada 1966 dan bersetuju mengenai nilai persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara yang telah menyaksikan pertumbuhan berterusan selama bertahun-tahun dalam bidang seperti pertahanan, perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan dan perbankan, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Lao.

Kedua-dua negara akan terus bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain di peringkat serantau dan antarabangsa, terutama dalam rangka kerja ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada mesyuarat itu, kedua-dua menteri turut membincangkan persiapan Laos untuk mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN dan melancarkan program pelancongan Tahun Melawat Laos pada 2024.

Saleumxay merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan bantuan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya bantuan pembangunan sumber manusia yang disediakan melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia, dana latihan serta bantuan semasa penularan wabak COVID-19, menurut laporan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad