web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CUEPACS Gesa PKP Penuh Dilaksanakan Minimum 21 Hari

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 5:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di seluruh negara sekurang-kurangnya bagi tempoh 21 hari.

Presiden CUEPACS Adnan Mat berkata gesaan itu dibuat berikutan situasi semasa yang menyaksikan perkhidmatan kesihatan negara berdepan cabaran yang terlalu dahsyat untuk merawat pesakit COVID-19 dan pada masa sama, perlu mengendalikan pesakit lain.

Beliau berkata tempoh 21 hari itu adalah paling minimum bagi membolehkan langkah drastik dilaksanakan kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19.

“Sekiranya kerajaan masih lagi menggunakan SOP (prosedur operasi standard) semasa bagi mengekang penularan COVID-19, CUEPACS bimbang perkhidmatan kesihatan negara akan menjadi lumpuh sekali gus mengundang darurat kesihatan yang serius kepada negara,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adnan, SOP sedia ada yang dilaksanakan dalam PKP 2.0 dan PKP 3.0 ketika ini dilihat tidak berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19 bahkan ia dilihat semakin meningkat setiap hari dengan trend peningkatan kes disebabkan pergerakan orang ramai yang tidak terkawal.

Adnan berkata SOP yang sentiasa berubah dan tidak seragam telah mengelirukan rakyat serta pengumuman pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi diumum lebih awal sehingga memberi kesempatan masyarakat keluar dari kawasan terbabit yang boleh menyebabkan penularan kes berlaku di kawasan luar.

Beliau berkata pelaksanaan PKP secara penuh seperti 18 Mac 2020 mungkin nampak terseksa kepada rakyat tetapi pelaksanaan PKP ‘sekejap buka sekejap tutup’ yang menyaksikan ekonomi semakin perlahan, pendidikan anak-anak terabai dan kadar pengangguran meningkat adalah lebih buruk.

“Ditambah lagi dengan penularan varian berbahaya dari Afrika dan India di Malaysia ketika ini, PKP penuh ini diyakini dapat memastikan negara kembali di landasan yang terbaik,” katanya.

Adnan berkata CUEPACS turut menggesa menteri dan kementerian yang terlibat mengawal harga barangan keperluan harian memastikan tiada pihak memanipulasi harga sekiranya PKP penuh dilaksanakan selain bantuan kewangan kepada isi rumah yang terjejas wajar diberi oleh kerajaan.

“Bank Negara dan Kementerian Kewangan perlu mewajibkan bank-bank melaksanakan semula moratorium penuh seperti tahun lalu kepada semua peminjam selama tiga bulan sebagai inisiatif mengurangkan kesan ekonomi serta kepada individu dan organisasi,” katanya.

Malaysia hari ini merekodkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan 6,075 kes sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lepas.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata kemunculan varian baharu yang membimbangkan (VOC) amat merisaukan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala malah ujian saringan sering mencatatkan keputusan negatif sekalipun pesakit sudah berada di tahap kritikal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

CUEPACS Bantah Benarkan Pelajar Asing Bekerja Di Malaysia

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

CUEPACS Harap KPPA Baharu Beri Keutamaan Segerakan Pelaksanaan Kadar Upah Yang Adil

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran