web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Malaysia Catat 6,075 Kes Baharu, Jumlah Tertinggi Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 5:48PM

Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini merekodkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan 6,075 kes, sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri dengan kes harian tertinggi sebanyak 2,251 kes, diikuti Johor (699), Kuala Lumpur (660), Kedah (445), Kelantan (441) dan Sarawak (323).

Selain itu, Perak (220), Terengganu (203), Negeri Sembilan (189), Pulau Pinang (183), Sabah (160), Pahang (150), Melaka (122), Labuan (14), Putrajaya (sembilan) serta Perlis (enam).

Berdasarkan rekod, kes harian tertinggi negara sebelum ini dicatat pada 30 Jan lepas dengan 5,728 kes.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan media turut memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, tiga adalah kes import manakala 6,072 melibatkan penularan dalam negara.

“Kes import melibatkan seorang warganegara dan dua bukan warganegara manakala kes tempatan pula membabitkan 5,452 warganegara dan 620 bukan warganegara,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 3,516 kes sembuh dicatat menjadikan jumlah kumulatifnya 436,116 kes manakala kes aktif kini 47,340.

Katanya berkata jumlah kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 2,040 susulan 46 kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas manakala sebanyak 559 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 303 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kluster baharu harian turut mencatat bilangan tertinggi iaitu 22 kluster dengan lapan membabitkan penularan di tempat kerja, tujuh melibatkan komuniti, enam berkaitan keagamaan dan satu di institusi pendidikan.

Kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah Industri Bukit Raja (Selangor), Jalan 223 PJ (Selangor), Jalan Endap Sawit (Sarawak), Jalan Tanjung Kupang (Johor), Jalan Tuan Hitam (Terengganu), Paya Rumput Utama (Melaka), Victorial Merdeka (Labuan) dan Jalan Kampung Bakau (Perlis) manakala kluster institusi pendidikan ialah Jalan Senduduk Satu (Johor).

Kluster komuniti pula ialah Stunggang (Sarawak), Kampung Tanjong Jejulok (Kelantan), Kampung Limau (Kuala Lumpur), Pagar Sungai Imam (Sabah), Muhibbah Dua (Sabah), Kolopis (Sabah) dan Jalan Inang (Melaka) manakala kluster keagamaan ialah Jalan Kenanga Pertama (Selangor), Jalan Pusara (Selangor), Jalan Timah Empat (Johor), Taman Sri Rampai (Kuala Lumpur), Kampung Keranji (Kelantan) dan Kampung Batu Tiga (Perak).

“Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster kini 1,942 dengan 516 kluster aktif,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan kluster yang ditamatkan sehingga semalam ialah 1,426. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar