web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PerantiSiswa: 381,251 Tablet Diagihkan Seluruh Negara Setakat Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 9:07PM

Fahmi Fadzil - Gambar dari Twitter @@fahmi_fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Sebanyak 381,251 tablet telah diagihkan ke seluruh negara menerusi inisiatif PerantiSiswa yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Digital sejak September 2022.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kemudahan itu bertujuan untuk membantu dan memastikan kelancaran proses pembelajaran mahasiswa dan pelajar daripada keluarga B40.

"Di Kelantan, seramai 29,609 penerima inisiatif PerantiSiswa telah dikenal pasti dan hingga kini 24,525  tablet telah diedarkan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 'Jelajah Saya Digital 2023 di Kelantan' dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kampus Machang, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Hadir sama Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata 'Kempen Saya Digital' turut diadakan bagi mempersiapkan rakyat dengan kemahiran digital untuk memperkasakan ekonomi digital terutamanya kepada golongan B40, warga emas, komuniti rentan sosioekonomi, pelajar dan usahawan.

"Program eUsahawan 'Saya Digital Bisnes' yang merupakan satu daripada teras Kempen Saya Digital telah berjaya melatih seramai 27,595 usahawan di Kelantan dengan jumlah jualan terkumpul melebihi RM1.1 bilion.

"Selain itu, portal MyDIGITAL.KKD merupakan sebuah pusat sehenti yang dibangunkan oleh KKD dalam usaha pendigitalan pelbagai perkhidmatan kerajaan untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata program yang dihadiri hampir 500 mahasiswa dan usahawan tempatan itu merupakan program turun padang untuk meningkatkan literasi kemahiran digital rakyat agar seiring dengan visi menuju Dekad Keemasan Digital sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad