web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tingkatan 6 Tidak Harus Terikat Dengan Peraturan Sekolah, Perlu Diberi Ruang - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 8:05PM

Anwar Ibrahim melambaikan tangan ke arah jurufoto semasa hadir pada program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.

“Saya akan bawa ke Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya Tingkatan Enam itu tidak dilayan seperti sekolah, budaya, suasananya itu. Saya setuju sebab saya pun ikuti Tingkatan Enam.

“Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah,” katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Anwar berkata ramai pelajar Tingkatan Enam telah mengeluh mengenai peraturan dan budaya serta mengusulkan agar ia diubah pada sesi dialog sebelum ini.

Mengulas mengenai cadangan untuk menukar kurikulum Tingkatan Enam daripada kaedah semester, Anwar berkata perkara tersebut harus dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan termasuk guru dan pelajar.

Sementara itu, Perdana Menteri meminta pimpinan universiti agar merombak kurikulum berkaitan cabang ilmu baharu seperti Teknologi Digital, kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT) dengan cepat mengikut perubahan semasa jika Malaysia ingin menjadi negara kelas pertama.

“Ia tidak boleh tunggu Convention Board of Studies, tunggu dua tahun kajian dan bawa ke Senat. Tidak boleh. Perubahan harus cepat dan pantas,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman mengajar di Universiti Oxford dan Universiti Georgetown, Washington, beliau berkata kepantasan mereka dalam transformasi pendidikan begitu cepat.

Selain itu, beliau berkata latihan daripada pihak industri juga diperlukan supaya tidak berlaku ketakserasian dan tidak terlalu bergantung pada kurikulum lama sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran.

“Sebab itu, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) sekarang Petronas ambil sebahagian TVET di Batu Rakit, Kimanis dan Pengerang; Proton ambil alih TVET di Pekan dan beberapa syarikat besar lain ambil alih,” katanya.

Beliau juga memberitahu graduan negara ini mempunyai kemahiran yang luar biasa, justeru kerajaan akan memastikan kapasiti turut meningkat agar selari dengan keperluan industri. - Bernama

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

Penyertaan Semula Dalam UMNO Jadi Sebutan, KJ Bakal Bertanding Untuk PRN?

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Tiada Lagi Rundingan, DAP Melaka Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan - Ab Rauf

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

oleh Sophia Ahmad